Ikuti Kami:

Ending ‘Grid’ Dipenuhi Pelbagai Persoalan, Penonton ‘Demand’ Musim Kedua

Ending ‘Grid’ Dipenuhi Pelbagai Persoalan, Penonton ‘Demand’ Musim Kedua

Selepas 10 episod membawa kita menaiki ‘roller coaster’, akhirnya “Grid” melabuhkan tirainya kelmarin.

Untuk pengetahuan, siri sci-fi ini menyelongkar mengenai sistem jaring ‘grid’ yang mampu menyelamatkan manusia daripada krisis.

Jawapan lengkap yang diharapkan, namun “Grid” meninggalkan penonton dengan banyak persoalan dek pengakhiran yang membuka lebih banyak kemungkinan.

[Amaran SPOILER]

Rata-ratanya meluahkan rasa keliru apabila melihat si hantu (Lee Si-young), Jung Sae-byeok (Kim Ah-joong), Song Eon-jin (Kim Moo-yeol), Kim Sae-ha (Seo Kang-joon) dan bayi Sae-byeok iaitu Byeor-i bertentang mata di sebuah pusat bawah tanah yang bakal menyelamatkan mereka selepas ‘grid’ mula punah dan membunuh ramai orang dek pancarannya.

ending grid

Persoalan yang timbul ialah bagaimana Jung Sae-byeok melarikan diri ke perkampungan terpencil dan siapakah anak tersebut. Rata-rata menebak bahawa bayi itu adalah milik Song Eon-jin memandangkan mereka meluahkan perasaan cinta semasa kali terakhir berjumpa. Selain itu, kematian Kim Sae-ha pada kedua-dua aliran masa juga membawa kekeliruan memandangkan lelaki itu kelihatan baik-baik sahaja kini.

Malah semua ingin tahu bagaimana keadaan mereka selepas ‘grid’ mula menghilang. Curious kan?

Oleh kerana itu, kesemua penonton meluahkan rasa kecewa dan meminta Disney+ supaya menghasilkan musim kedua bagi meleraikan segala persoalan itu.

Korang okay tak dengan endingnya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...