Ikuti Kami:

Mendebarkan! 4 Sebab Siri Thriller Sci-Fi ‘Grid’ Di Disney+ Jadi Tontonan Ramai Kini

Mendebarkan! 4 Sebab Siri Thriller Sci-Fi ‘Grid’ Di Disney+ Jadi Tontonan Ramai Kini

Rasanya ramai yang sedang terpegun menonon “Grid” di Disney+ Hotstar kini kan?

Untuk pengetahuan, siri sci-fi ini menyelongkar mengenai sistem jaring ‘grid’ yang mampu menyelamatkan manusia daripada krisis.

Sudah pun menghampiri penamat, “Grid” ternyata merupakan antara drama yang mengagumkan untuk tahun 2022 ini.

disney+ grid

Daripada apa yang dikongsikan oleh pelakon utamanya, pastinya anda tidak mahu terlepas menontonnya.

Skrip sempurna

Bukan sahaja barisan pelakon yang mantap, skrip “Grid” juga digelar ‘sempurna’ oleh pelakon Kim Sung-kyun,

Saya perlu beritahu awak, dunia yang dibina dalam sendiri adalah sangat menakjubkan dan sangat menarik untuk ditonton. Apa yang kita bayangkan, adalah sangat mengujakan. Saya sentiasa berasa ingin tahu apa yang akan terjadi semasa menjalani penggambaran.

Malah lelaki itu mendedahkan bahawa terdapat banyak perbincangan dan perdebatan mengenai apa yang dimaksudkannya kerana terdapat ruang untuk pelbagai pemahaman dan pandangan.

Malah pelakon sendiri mempunyai pendekatan berbeza untuk menghidupkan watak tersebut. Jadi, ia merupakan proses yang menarik.

diseny+ grid

Kim Ah-joong kembali

Dunia drama pastinya merindui lakonan Kim Ah-joong selepas pelakon wanita itu lama memdiamkan diri kan?

Jawabnya apabila ditanya mengenai ‘comeback ini.

Saya tahu, saya mengambil masa yang lama, kan? Saya berharap saya kembali ke drama TV lebih cepat. Saya cuba melakukan yang terbaik. Saya tak berehat dan saya tak pernah beritahu diri sendiri, ‘Ah, Ah-joong, mari berehat.’ Saya tak berbuat seperti itu. Saya terus menerima skrip dan saya banyak meneliti projek baru namun ianya tak menjadi.

Kim Ah-joong turut menyatakan bahawa dia kembali semula dengan “Grid” iaitu satu projek yang membanggakan buatnya.

Watak sesuai dengan Lee Si-young

Menurut staf yang berada di set “Grid”, Lee Si-young benar-benar mendalami watak ‘Ghost’ sehingga membuatkan mereka berasa takut.

Kongsinya,

Sejujurnya, saya sangat gementar membawa watak ini. Ianya bukanlah watak yang besar, namun ia membawa beban yang besar dan merupakan kunci kepada misterinya. Ia merupakan skrip yang sempurna, jadi saya berasa lebih terbeban.

disney+ grid

Disebabkan itu, Lee Si-young banyak bergantung kepada arahan pengarah selain meminta pandangannya. Bahkan wanita itu banyak mengkaji setiap babak melibatkannya dan meminta untuk penggambaran berulang sekiranya kurang berpuas hati.

Saya mempunyai keinginan yang kuat untuk menampilkan yang terbaik dan saya mahu melakukannya sebaik mungkin. Watak ini direka buat saya dan saya mahu memberikan keadilan buatnya, jadi ia merupakan proses yang mendebarkan.

Mesej tersirat

Seperti yang dipromosikan media, penulis Lee Soo-yeon mengakui bahawa “Grid” menggabungkan tiga elemen berbeza iaitu thriller, misteri dan kejar-mengejar.

disney+ grid

Jelasnya mengenai konsep sebenar siri ini,

Saya tidak memulakannya dengan konsep krisis angin suria atau pun senario apokaliptik yang dramatik. ‘Ghost’ yang boleh menggembara menerusi masa, membolehkan dia muncul 24 tahun kemudian bagi melindungi seorang pembunuh. Kisah mengenai mengawal masa sudah banyak kali dilakukan, jadi untuk menjadikannya lebih menarik, persoalannya ialah ‘Mengapa ada yang mahu bersusah payah mengembara menerusi masa untuk melakukan perkara ini?’ dan daripada situ, sedikit demi sedikit, saya mahu membangkitkan kesedaran mengenai isu persekitaran. Dalam ‘Grid’, ianya diceritakan dalam bentuk krisis angin suria namun ianya juga mungkin menggambarkan pemanasan global dan kenaikan paras laut.

disney+ grid

Best kan persona drama ini?

Saksikan “Grid” secara eksklusif hanya di Disney+ Hotstar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...