Ikuti Kami:

Ending Bahagia, Episod Akhir ‘Divorce Attorney Shin’ Capai Rating Terbaik Sepanjang Tayangan

Ending Bahagia, Episod Akhir ‘Divorce Attorney Shin’ Capai Rating Terbaik Sepanjang Tayangan

Drama kalau best, mesti akan terasa cepat sahaja akan sampai ke penghujungnya. Sama lah dengan drama “Divorce Attorney Shin” di Netflix.

Menurut Nielsen Korea, episod terakhir drama ini berjaya mencatatkan rating sebanyak 9.5% di mana ia merupakan dua kali ganda lebih tinggi daripada episod sebelumnya. Malah angka ini merupakan rekod terbaik yang pernah diraihnya sepanjang tayangan.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod akhir ini, Shin Sung-han (Cho Seung-woo) berjaya menemui ketenangan hidup selepas berjaya menyelesaikan kes perebutan hak anak yang melibatkan anak saudaranya, Gi-yeong di mana dia tersepit di antara ibu bapa yang mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan keadaan dirinya.

jtbc divorce attorney shin

Untuk pengetahuan, “Divorce Attorney Shin” diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama dan membawa kisah peguam yang pakar dalam kes penceraian.

Seronok tak drama ini?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...