Ikuti Kami:

Bawa Pelbagai Kisah Penceraian, Episod Awal ‘Divorce Attorney Shin’ Raih Rating Tinggi

Bawa Pelbagai Kisah Penceraian, Episod Awal ‘Divorce Attorney Shin’ Raih Rating Tinggi

Mahu cerita guaman dengan pelbagai kisah meruntun hati? “Divorce Attorney Shin” adalah untuk korang!

Sinopsis

Ia sebuah karya yang menggambarkan kisah kemelut Shin Sung-han, seorang peguam perceraian, dan merancang untuk mengabadikan kisah mereka yang berdiri di tengah-tengah jalan sukar hidup yang dipanggil ‘perceraian’.

Episod awal penuh makna

[Amaran SPOILER]

Penonton awalnya diperkenalkan dengan watak Shin Sung-han yang merupakan bekas pemain piano di Jerman namun kembali ke Korea dan selesai mengambil ujian guaman dalam masa 2 tahun sahaja.

jtbc divorce attorney shin

Walaupun tidak diceritakan secara lanjut, namun lelaki itu menyimpan satu trauma yang mendalam dan sepertinya ia memberikan impak pada kehidupan seharian seperti sentiasa menyusun barangan dalam keadaan yang sama dan teratur selain hanya menerima kes penceraian sahaja.

Untuk episod awal ini, dia perlu menyelesaikan kes melibatkan DJ radio popular Lee Seo-jin yang mahu bercerai dengan suami yang sentiasa mengawal gerak gerinya. Meskipun menghadapi kesukaran dek niat jahat lelaki itu namun wanita tersebut akhirnya berjaya mendapat hak penjagaan anaknya dan berjaya meneruskan hidup tanpa cengkaman suaminya.

jtbc divorce attorney shin

Rating tinggi

Bagi episod awal ini, “Divorce Attorney Shin” berjaya meraih rating tinggi iaitu 7.2% untuk episos pertama dan 7.3% untuk episod kedua. Hal ini membuktikan bahawa ramai sebenarnya ternanit-nanti tayangan drama berkenaan keran diterajui oleh nama besar iaitu Jo Seung-woo dan Han Hye-jin.

Korang dah tengok ke episod awal?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...