Sesiapa sahaja yang berlakon dengan Song Hye-kyo, pastinya akan mempunyai sesuatu yang baik untuk diperkatakan.
Terbaru, Lee Do-hyun yang memainkan watak Joo Yeo-jeong dalam “The Glory”, telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Cosmopolitan.
Khususnya ketika sesi temu bual, pelakon lelaki itu ditanya tentang perasaannya ketika pertama kali membaca skrip buat drama itu,
Tiada pengakhiran dalam skrip, jadi setiap babak adalah misteri bagi saya. Terdapat banyak soalan mengenai watak itu jadi saya bertanya kepada penulis Kim Eun-sook, tetapi dia memberitahu saya untuk jangan risau.
Jelas pelakon “Youth of May” itu lagi,
Saya harap penonton juga akan dapati Yeo-jeong sebagai watak misteri. Malah dalam adegan romantik, saya terpaksa berlakon tanpa keterlaluan tetapi juga tidak hadkan ekspresi pada masa yang sama. Semasa memulakan penggambaran, saya bincang dengan Song Hye-kyo, pengarah dan penulis untuk menyesuaikan tahap emosi.
Kemudian, Lee Do-hyun juga turut menjelaskan mengenai keserasiannya dengan Song Hye-kyo dalam “The Glory”. Dia berkata,
Saya banyak belajar daripadanya. Lakonan di skrin berbeza dengan lakonan atas pentas jadi, terdapat banyak sekatan pada pergerakan kerana sudut kamera telah ditetapkan. Ia sentiasa sukar bagi saya untuk bergerak sesedikit mungkin tetapi harus mengeluarkan tenaga maksimum.
Sambung pelakon itu dalam memuji Song Hye-kyo,
Song Hye-kyo adalah seorang pelakon yang sangat bagus dalam perkara itu. Emosinya disampaikan dengan begitu baik tanpa perlu meluahkan perasaannya. Ini agak bercanggah tetapi saya fikir, ‘Dia memang seorang ‘acting master”.
Lee Do-hyun dengan noona memang tak boleh dipisahkan.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉