Banyak risiko apabila selebriti mendedahkan kediaman peribadi mereka untuk tontonan umum.
Baru-baru ini, Kim Jong-kook telah memuat naik video baru di saluran ‘GYM JONGKOOK’ di mana dia menjemput rakan taulannya iaitu Cha Tae-hyun, Jang Hyuk, Hong Kyung-in, Hong Kyung-min dan Kang Hoon.
Di dalam episod itu, mereka dilihat selesa melepak di rumah Kim Jong-kook sambil memasak, menjamah makanan dan berbual tentang pelbagai perkara. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pendapat negatif yang diutarakan peminat selepas melihat episod tersebut.
Kata mereka, rumah Kim Jong-kook kelihatan tidak terurus dan bersepah dari ruang masuk hingga ke dapur dan bilik utamanya dengan barang memenuhi ruang tamu dan baju yang dibiarkan bertimbun di pintu masuk dapur. Malah Kang Hoon menegur di awalnya,
Agak bersepah rumah ni..
Dia juga turut ke beranda di dapur dan bilik baju sambil berbisik perlahan,
Kotornya..
Balas lelaki berbadan sasa tersebut,
Ini kira dah kemaslah ni.
Disebabkan itu, ada sesetengah peminat yang meninggalkan komen kritikan di video YouTube itu dan di Instagram Kim Jong-kook memintanya supaya membersihkan rumah dan jangan berbangga menayang kediaman dengan keadaan sedemikian di media sosial.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.