Ikuti Kami:

“Dah Popular..” – Digesa Kim Jongkook, Kang Hoon Tolak Tawaran Jadi Ahli Baru ‘Running Man’?

“Dah Popular..” – Digesa Kim Jongkook, Kang Hoon Tolak Tawaran Jadi Ahli Baru ‘Running Man’?

Bagi mengisi tempat kosong yang ditinggalkan oleh Jeon So-min dalam ‘Running Man’, usaha telah dimulakan untuk mencari penggantinya.

Kelmarin, video terbaru telah dimuat naik di saluran ‘GYM JONG KOOK’ di mana Kim Jong-kook telah menjemput rakan baiknya, Cha Tae-hyun, Jang Hyuk, Hong Kyung-in, Hong Kyung-min dan Kang Hoon untuk bersembang panjang.

Di kesempatan itu, lelaki berbadan sasa itu dilihat cuba memancing minat Kang Hoon untuk menyertai “Running Man” sebagai ahli baru,

Awak cakap sedang berehat kan sekarang. Karena ada posisi di ‘Running Man’ sedang kosong, datanglah sebentar untuk bersantai bersama sebelum pergi.

kang hoon gym jongkook

Tambahnya,

Bukan sebagai ahli tetap, tetapi sewaan. Datanglah dan lakukan sesuatu. Bila dah raih sedikit populariti, awak dah boleh pergi kalau nak pergi.

Seloroh Cha Tae-hyun,

Tak boleh ke orang yang dah popular datang?

Kim Jong-kook terus menutup perbualan tersebut dan menghalang rakannya yang seorang itu dari menjadi tetamu. Jawab Kang Hoon berhati-hati selepas diusulkan menjadi ahli sementara “Running Man”,

Saya bukanlah orang yang boleh membuat keputusan itu. Saya pastinya akan pergi ke ‘Running Man’.

kang hoon gym jongkook

Kim Jong-kook tidak berhenti mencuba nasib dan berkata,

Baiklah. Saya akan berbincang mengenai hal ini bersama pihak produksi?

Kang Hoon yang terkejut berkata,

Boleh tak kita bincang hal ini nanti? Ini bukan sesuatu yang saya boleh putuskan hanya kerana saya mahukannya. Saya sangat berterima kasih jika korang menjemput saya.

Agak-agak menjadi tak pengambilan ahli baru “Running Man”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...