Ikuti Kami:

‘Eleven’, ‘Love Dive’ & ‘After LIKE’ Berjaya, IVE Kekal 275 Hari Dalam Carta Muzik

‘Eleven’, ‘Love Dive’ & ‘After LIKE’ Berjaya, IVE Kekal 275 Hari Dalam Carta Muzik

Kumpulan IVE terus mengungguli kehadiran mereka sebagai “MZ Wannabe Icon”!

IVE terus mengukuhkan nama apabila mereka kini menduduki carta “MZ Wannabe Icon” dalam masa paling lama setanding dengan waktu debut mereka.

Menurut Starship Entertainment, IVE berjaya menduduki carta itu dengan jangka masa yang panjang dek kerana lagu mereka, “After LIKE” yang baru saja dilancarkan pada 22 Ogos lalu, diikuti dengan lagu lain seperti “Eleven” dan “Love Dive”. iveLagu debut mereka “Eleven” berjaya memasuki dan menduduki carta itu selama 275 hari dengan 97.5 juta penstriman dalam carta Melon. Lagu “Love Dive” yang dilancarkan pada April lalu, juga berjaya memasuki carta selama 152 hari dengan 112.1 jumlah penstriman. Dalam pada itu juga, lagu “After LIKE” berjaya menduduki tempat pertama dalam carta Melon seminggu selepas lagu itu dilancarkan dan turut berjaya meraih sejumlah 22.8 juta penstriman.

Rekod kejayaan IVE ini berterusan secara konsisten dalam carta global juga. Lagu “Love Dive” berada dalam carta “Billboard Global 200” dan juga “Billboard Global Excl. US”. Menerusi platform Spotify juga, lagu “Eleven” dan “Love Dive”, kedua-duanya berjaya meraih 100 juta penstriman dan lagu “After LIKE” juga berjaya merekodkan 20 juta jumlah penstriman dalam masa 10 hari selepas ianya dilancarkan. iveDek kerana rekod yang memberangsangkan ini, IVE berjaya mengukuhkan kehadiran mereka dalam industri selain mengekalkan kedudukan sebagai ikon “MZ Wannabe” secara global.

Tahniah buat IVE!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...