Ikuti Kami:

IVE Dominasi Carta iTunes Seluruh Dunia Dengan Lagu Baru ‘After LIKE’

IVE Dominasi Carta iTunes Seluruh Dunia Dengan Lagu Baru ‘After LIKE’

IVE telah kembali dengan muzik baru!

Pada 22 Ogos, IVE telah membuat kemunculan semula dengan single album ke-3 beserta judul lagu “After LIKE”.

Tidak lama selepas dikeluarkan, album terbaru IVE “After LIKE” berjaya duduki No. 1 dalam carta iTunes di pelbagai negara seluruh dunia, menandakan kemunculan semula yang berjaya buat kumpulan itu.

Untuk pengetahuan, album “After LIKE” dominasi carta iTunes Album Teratas di sejumlah 5 negara termasuk Singapura, Brunei, Hong Kong, Bahrain dan Finland.

Bukan itu sahaja, setakat 24 Ogos jam 9 pagi, muzik video untuk lagu “After LIKE” juga telah meraih 30 juta tontonan di YouTube. Hebat!

Korang dah dengar belum lagu baru IVE?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...