Ikuti Kami:

Elegan & Menawan, Ini Harga Gaun Pengantin Son Yejin Yang Jadi Sebutan Ramai

Elegan & Menawan, Ini Harga Gaun Pengantin Son Yejin Yang Jadi Sebutan Ramai

Kelmarin, berlangsung majlis gilang gemilang buat pasangan Hyunbin dan Son Ye-jin!

Merupakan pasangan yang mendapat sokongan ramai, sudah pasti setiap yang berlaku di majlis itu mendapat perhatian media dan peminat.

Sememangnya cantik, namun persalinan yang dikenakan oleh Son Ye-jin untuk foto pra-perkahwinan dan gaun pengantin yang disarungkannya terus menjadi bualan ramai hingga kini.

Pertama sekali, gaun yang dipakainya dalam gambar pra-perkahwinan bersama Hyunbin ialah daripada Koleksi Pengantin Musim Bunga 2020 daripada pereka fesyen Vera Wang. Meskipun rekaan asal mempunyai bunga besar daripada seni jarum dan korset jarang, gaun Son Ye-jin ditutup dengan kain putih dan lebih minimalistik. Menurut sumber, persalinan ini bernilai sebanyak RM41,258.

Dalam persalinan kedua pula, Son Ye-jin menyarungkan rekaasn Ellie Saab dari Koleksi Pengantin Musim Bunga/Panas 2022. Walaupun tiada maklumat lanjut mengenainya, namun rekaan pereka popular itu dikatakan mencapai purata 80 milion won (RM277,005).

gaun son yejin

Bagi gambar yang dapat dilihat oleh peminat dalam gambar yang dihiasi di meja di majlis tersebut, Son Ye-jin mengenakan rekaan daripada jenama Valentino di mana wanita itu merupakan dutanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 손예진 (@yejinhand)

Kalau anda perasan, pelakon tersebut ada memuat naik fotonya menyarungkan gaun tersebut bagi mempromosikan Koleksi Pra-Musim Luruh 2022 Pierpaolo Piccioli dari Valentino baru-baru ini. Rupanya ia juga merupakan gaun yang dipakainya dalam foto di majlis tersebut.

Bagi gaun yang digayakan oleh Son Ye-jin ketika majlis perkahwinannya pula, ramai yang tidak dapat memastikan secara lanjut mengenainya memandangkan foto yang tular kurang jelas untuk dilihat secara teliti.

Walau bagaimanapun, ada yang mengatakan bahawa ia merupakan gaun pengantin Mira Zwillinger Brunella dari Koleksi Musim Bunga/Panas 2022. Khabarnya, gaun itu rekaan mengikut yang diminta dan harga permulaannya ialah RM46,310.

gaun son yejin

Memang cantik Son Ye-jin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...