Ikuti Kami:

“Elak Timbul Konflik, Ahli AOA Diminta Tidak Buat Kenyataan Peribadi” – Respons FNC Ent. Atas Tuduhan Mina

“Elak Timbul Konflik, Ahli AOA Diminta Tidak Buat Kenyataan Peribadi” – Respons FNC Ent. Atas Tuduhan Mina

Kelmarin, ramai yang terkejut apabila mengetahui bekas ahli AOA iaitu Mi-na telah membuat keputusan drastik untuk mengelar tanggannya lagi. Dalam entri berdarah itu, wanita tersebut secara nyatanya menyebut nama ahli AOA iaitu Ji-min dan Seol-hyun serta CEO FNC Entertainment sebagai seseorang yang bertanggungjawab terhadap keadaannya kini.

Selepas perkongsian tersebut, FNC Entertainment telah tampil dan mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan Mi-na dan ahli AOA yang lain selepas bertindak mendiamkan diri untuk sekian lamanya.

Ini adalah FNC Entertainment. Kami ingin memohon maaf terhadap perkara memalukan yang terjadi melibatkan AOA sehingga menimbulkan kesusahan pada orang lain baru-baru ini. Kami ingin memohon maaf kerana menimbulkan kerisauan dan juga membuat tindakan yang menyesalkan.

Paling utama, kami ingin meminta maaf kepada Kwon Mi-na yang sedang melalui masa yang sukar dan kami berharap kesihatannya akan pulih secepat mungkin.

kenyataan fnc entertainment mengenai mina

Kwon Mi-na

Kami minta maaf kerana lambat mengeluarkan kenyataan rasmi. Kami juga sejujurnya ingin memohon maaf kerana tidak menguruskan hubungan di antara ahli kumpulan tersebut dahulunya. Kami beberapa kali teragak-agak dalam mengeluarkan kenyataan daripada pihak agensi berkenaan dengan hal ini. Ahli AOA yang lain juga berasa kecewa kerana kritikan dan salah faham yang berbangkit mengenai mereka. Kami juga sedar mengenai situasi yang terjadi dan banyak kritikan yang dilemparkan kepada kami dan juga AOA.

Walaubagaimanapun, walaupun kami berulang kali berasa risau untuk mendedahkan cerita di bahagian kami, kami merasakan apa yang paling penting ialah memberi fokus kepada proses rawatan Kwon Mi-na.

Kami merasakan bahawa menjelaskan dan menafikan beberapa daripada perkara yag disebut dan cuba untuk mendedahkan siapa yang betul dan siapa yang salah akan menimbulkan lebih banyak isu lain dan situasi ini tak akan dapat diselesaikan. Kami juga sudah meminta ahli AOA supaya tidak membuat sebarang kenyataan peribadi, walaupun mereka mahu melakukannya. Kami mencapai kata sepakat ini selepas merasakan sekiranya setiap ahli menceritakan hal ini daripada pandangan mereka kepada umum, ianya akan membawa kepada konflik, dan ia bukanlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan situasi ini.

Terbaru, Kwon Mi-na ada bertanyakan kakitangan agensi kami mengenai rancangan masa hadapan promosi untuk Shin Ji-min tetapi kami tidak membalasnya kerana Shin Ji-min sendiri telah memberitahu kami secara peribadi bahawa dia tiada perancangan untuk kembali ke dalam dunia hiburan dan mahu hidup seperti orang biasa. Kami tidak mahu mendedahkannya pada ketika itu.

kenyataan fnc entertainment mengenai mina

Dari kiri: Seo Yu-na, Kim Chan-mi, Shin Ji-min, Kim Seol-hyun, Kwon Mi-na, Shin Hye-jeong

Berkenaan hal peribadi yang ditulis oleh Kwon Mi-na dalam entri Instagramnya, seperti bayaran, kami telah mengikut protokol yang ditetapkan industri dan kami akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada isu yang berbangkit.

Sekali lagi, kami berharap agar Kwon Mi-na akan sembuh secepat mungkin dan kami akan berusaha untuk mencapai pengakhiran yang sebaiknya. Kami meminta orang awam memberikan sokongan pada Kwon Mi-na supaya dia boleh kembali semula dalam keadaan yang sihat.

Semoga hal ini dapat diselesaikan secara baik oleh Mi-na dan juga FNC Entertainment.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...