Gelar Ahli AOA Jimin, Seolhyun & CEO FNC Ent. Sampah, Mina Dibawa Ke Hospital Selepas Kelar Tangan Lagi

mina aoa cuba bunuh diri

Peminat nyata terkejut selepas melihat entri terbaru bekas ahli AOA iaitu Mi-na yang kembali mencederakan dirinya selain mencaci ahli kumpulan yang lain iaitu Ji-min, Seol-hyun dan juga CEO kepada FNC Entertainment, Han Sung-ho.

Entri tersebut yang dimuat naik pada 8 Ogos jam 10:05 pm (waktu Korea) mendedahkan pergelangan tangan Mi-na yang dipenuhi dengan darah. Pun begitu, selepas menjengah kembali ke laman Instagram wanita tersebut, ia sudah pun dipadam.

Saya tak akan menerima tuduhan yang tidak berasas. Shin Ji-min, Kim Seol-hyun dan Han Sung-ho, semoga anda hidup dengan baik. Ibu, kakak dan keluarga saya tak boleh berkata apa-apa dan tak ada buat salah apa pun, tetapi mereka hidup dalam kesedihan. Bayar balik atas semua kemusnahan piskologi yang disebabkan oleh awak, dan pastikan ia dibalas dengan banyak. Awak semua adalah manusia yang tidak mengetahui apa-apa melainkan wang.

[Amaran: Gambar cubaan membunuh diri]

mina aoa cuba bunuh diri

Bukan itu sahaja, Mi-na turut menuduh FNC Entertainment kerana tidak membayarnya secara telus semasa dia aktif bersama AOA.

Mereka langsung tak bayar saya dengan betul. Kontrak pelatih adalah selama 8 tahun di mana ia adalah tidak sah. Bahkan mereka tidak ada pecahan bayaran untuk hutang pelatih sebanyak 3 bilion won yang kononnya ditanggung oleh saya. Sampai ke sudah, mereka tidak bertanggungjawab dan tidak menerima panggilan saya.

Dan kepada semua yang langsung tak tahu macam mana saya dilayan sepanjang 11 tahun ini tetapi menuduh saya kerana memanggil ahli yang lain sebagai ‘pemerhati’, saya mahu anda semua tahu. Mereka semua adalah sampah, saya tak boleh nak ungkap dengan kata-kata. Mereka telah menolak seorang manusia yang sihat sehingga ke lembah kematian. Tahu tak?

mina aoa cuba bunuh diri
Dari kiri: Shin Ji-min, Kim Seol-hyun

Meskipun mengakhiri entri tersebut dengan pernyataan bahawa dia akan kembali hidup dengan gembira, namun ayatnya langsung tidak membuatkan peminat berasa tenang.

Saya akan berasa bahagia. Sakit sungguh berada di sini dan jikalau saya mati, jangan mimpi nak jejak kaki di pengebumian saya. Ia akan menjadi kotor. Saya akan mati dan menghantui anda. Saya tak boleh hidup kerana kejahatan awak.

Selepas daripada entri yang menggemparkan daripada Mi-na ini, syarikat naungannya iaitu Woori Actors telah mengerah kakitangan untuk melihat keadaannya di rumah. Selain memanggil pihak paramedik untuk bersedia sekiranya ada perkara buruk yang berlaku.

Dek kekalutan tersebut, Woori Actors sekali lagi mengeluarkan kenyataan dan mengatakan bahawa Mi-na kini sedang berada di hospital bagi mendapatkan rawatan. Selain menjelaskan bahawa nyawanya tidak berada dalam bahaya.

jimin aoa buli mina
Kwon Mi-na

Semoga Mi-na tenang dan menerima rawatan yang sepatutnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

1 komen

Leave a Reply