Ikuti Kami:

“Ekspresi ‘Over’ Sangat..” – 7 Pelakon Ini Dipilih Sebagai ‘Pelakon Filem Teruk Pada 2023’

“Ekspresi ‘Over’ Sangat..” – 7 Pelakon Ini Dipilih Sebagai ‘Pelakon Filem Teruk Pada 2023’

Pada tahun 2023, penonton telah disajikan dengan pelbagai filem Korea yang menarik.

Namun menurut ‘Anugerah Sanddalki ke-7’ yang dianjurkan oleh media Sports Kyunghang, 7 pelakon Korea ini telah dipilih sebagai pelakon filem teruk pada 2023, yang dipilih oleh 55 wartawan filem daripada media tempatan terkemuka.

Han Hyojoo

han hyojoo

Pertama sekali adalah Han Hyo-joo yang menerima sebanyak 17 undian dek wataknya dalam “Believer 2”. Seorang wartawan berkata bahawa kemahiran lakonannya dalam filem itu tidak membuktikan pengalaman yang dia ada sepanjang menjadi pelakon.

Dia tak boleh bawa watak sebagai seorang yang ‘kuat’.

 

Tiada daya tarikan..

Ha Jungwoo

ha jungwoo

Seterusnya Ha Jung-woo dengan 11 undian, kerana wataknya dalam filem “Road to Boston” sebagai Sohn Kee-chung. Khususnya, pengundi menyebut bahawa lakonannya nampak kaku dan kurang menggambarkan wataknya dengan baik. Antara komen yang ditulis,

Dia nampak seperti Ha Jung-woo sahaja, bukan wataknya.

 

Dia lebih bagus dalam ‘The Chaser’.

Yura

yura

Dikatakan tidak cukup bagus untuk membawa watak utama, Yu-ra berada di tempat ketiga dengan 10 undian menerusi wataknya dalam filem “Marrying the Mafia: Returns”. Antara komen wartawan,

Ekspresinya keterlaluan dan pelik.

 

Dia suka melebih-lebihkan ekspresinya, sampai saya tak tahu apa yang ingin diketawakan.

Park Sungwoong

park sungwoong

Meskipun sudah membintangi lima buah filem pada tahun 2023, Park Sung-woong nampaknya ‘kurang bersinar’ dan menerima enam undian sebagai pelakon teruk.

Tahun ni dia ada 5 filem tapi semuanya dilupakan.

 

Saya harap dia berlakon setanding dengan bayaran penampilannya

 

Park Seojoon, Go Ara, Kim Hyesoo

park seojoon go ara kim hyesoo

Akhr sekali adalah Park Seo-joon, Go Ara dan Kim Hye-soo, yang masing-masing menerima lima undian dari pihak media tempatan.

Khususnya, Go Ara dikritik kerana wataknya yang ‘sama’ sahaja dalam “The Childe” manakala Kim Hye-soo dikatakan telah mengecewakan orang ramai dengan wataknya dalam “Smugglers”, tambahan pula dia seorang pelakon yang berpengalaman serta sudah lama berada dalam industri.

Kemudian, watak Park Seo-joon dalam “Concrete Utopia” didakwa kurang memberi impak dan tidak melepasi jangkaan penonton.

Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...