Duta Global HYUNDAI Motors , BTS Kolaborasi Lagu ‘2022 FIFA World Cup’
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
BTS makin lama makin wow kan? Terbaru, BTS kini menjadi duta global rasmi untuk jenama terkenal HYUNDAI MOTORS.
Artikel Berkaitan
Perkara itu turut disahkan apabila HYUNDAI MOTORS memuat naik satu video teaser yang menampilkan BTS sebagai duta jenama tersebut untuk kempen kelestarian “Goal of The Century”. Sebagai rakan kongsi bagi “2022 FIFA World Cup”, HYUNDAI MOTORS akan melancarkan ‘giveaway’ “Hyundai Goal of The Century Pledge”, bermula pada 29 Julai ini sehingga 30 September.
https://twitter.com/hmgnewsroom/status/1301682672784138246?s=21&t=JHBnlpXRkEH2FOMS57l19w
Peluang untuk menyertai acara ini juga dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat, malah mereka boleh melayari aplikasi FIFA dan mengisi ruang penyertaan di aplikasi tersebut. Sejumlah 11 orang pemenang bertuah akan menyertai percutian ke Qatar untuk menonton “2022 FIFA World Cup” secara langsung.
Penyertaan BTS untuk kempen “Goal of the Century”, adalah sebagai ‘highlight’ utama bagi pelancaran acara tersebut di seluruh dunia. BTS juga bakal menyanyikan lagu kolaborasi bagi “2022 FIFA World Cup” yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
The exclusive #BehindtheScenes of #HyundaixBTS is coming to you on April 2nd, on Channel Hyundai. We’ve been collaborating with BTS since 2018 and this film all about it. All is even narrated by BTS themselves —don’t miss out!#IONIQxBTS #BTSxHyundai #ChannelHyundai @BTS_twt pic.twitter.com/6mZPOGNIYi
— Hyundai Worldwide (@Hyundai_Global) March 31, 2021
Sebelum ini pun, BTS sudah menjalani aktiviti promosi mereka untuk HYUNDAI MOTORS sejak 2018 bagi “Hyundai Palisade”.
Bukan biasa-biasa ek BTS!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




