Ikuti Kami:

BTS Tercalon Dalam 4 Anugerah Di ‘MTV Video Music Awards 2022’

BTS Tercalon Dalam 4 Anugerah Di ‘MTV Video Music Awards 2022’

Kumpulan ini berjaya membuktikan mereka sememangnya layak untuk digelar sebagai idola apabila kini, kumpulan BTS dinominasi dalam beberapa anugerah bagi “MTV Video Music Awards 2022”.

Terbaru, “MTV Video Music Awards 2022” telah mengumumkan bahawa BTS berjaya dinominasi dalam hampir 4 kategori anugerah melalui akaun media sosial rasmi mereka. Menerusi muat naik tersebut, BTS tercalon dalam anugerah seperti “Best Kpop”, “Best Choreography”, “Best Visual Effects”, dan juga “Best Metaverse Performance”.

Jika dilihat kepada kesemua pencalonan tersebut, BTS telah tercalon dalam anugerah “Best K-Pop” dan juga “Best Choreography” selama 4 tahun berturut-turut. BTS tercalon untuk anugerah “Best K-Pop” menerusi lagu mereka “Yet to Come (The Most Beautiful Moment)” daripada album terbaru mereka “Proof” yang dilancarkan pada 10 Jun lalu.

Manakala, mereka tercalon bagi anugerah “Best Choreography” menerusi lagu “Permission to Dance” yang dilancarkan pada Julai tahun 2021. Lagu mereka “My Universe” yang dilancarkan pada September 2021 yang juga merupakan kolaborasi mereka bersama artis luar negara iaitu Coldplay, telah berjaya menominasikan mereka untuk anugerah “Best Visual Effect”.

Bagi yang belum tahu, pencalonan pertama BTS dalam “MTV Video Music Awards” adalah pada tahun 2019, dan sejak itu mereka tidak pernah gagal untuk tercalon dalam pelbagai jenis anugerah.

Majlis anugerah “MTV Video Music Award 2022” akan dijalankan di Prudential Center, New Jersey, Amerika Syarikat pada 28 Ogos ini dan turut akan bersiaran secara langsung menerusi saluran muzik MTV. btsTahniah atas pencalonan BTS!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...