Ikuti Kami:

“Dunia Ni Sangat Tak Adil..” – Tinggi Cecah 190cm, Fizikal Sebenar Byun Wooseok Buat Netizen Terkejut

“Dunia Ni Sangat Tak Adil..” – Tinggi Cecah 190cm, Fizikal Sebenar Byun Wooseok Buat Netizen Terkejut

Fizikal sebenar Byun Woo-seok telah menjadi topik bualan netizen.

Terbaru, seorang netizen telah berkongsi video yang diambil ketika dia terserempak dengan Byun Woo-seok di tepi jalan.

Hanya memakai baju lengan panjang berbelang dan berseluar hitam, pelakon itu telah dilihat berjalan menuju ke satu bangunan, ditemani oleh Kim Da-mi dan 3 orang stafnya.

Selepas hantaran itu dibuat, ianya langsung mendapat perhatian ramai, yang mana, rata-ratanya terkejut melihat fizikal sebenar pelakon tersebut.

Dengan ketinggian yang mencecah 190cm, Byun Woo-seok telah kelihatan jauh lebih tinggi berbanding lelaki-lelaki lain yang berada di sekitarnya.

Malah, baju yang dipakai oleh pelakon tersebut turut mempamerkan lebar bahunya dengan jelas.

Komen netizen,

  • Tak adilnya dunia ni..
  • Macam mana seseorang seperti dia boleh wujud?
  • Dah la kacak, tinggi pulak tu..
  • Kita patut berterima kasih pada orang tuanya..
  • Byun Woo-seok macam penduduk planet lain..
  • Tingginya dia..

Mana nak jumpa lelaki macam Byun Woo-seok ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...