Sejak membintangi “Lovely Runner”, Byun Woo-seok kini telah menjadi salah seorang bintang terhangat di Korea.
Terkini, gambar sekolah Byun Woo-seok telah dikongsi di forum atas talian. Di mana, hantaran itu telah menjadi salah satu topik hangat dan mendapat lebih 50 ribu tontonan dalam masa kurang dari 24 jam.
Meskipun ramai yang bersetuju bahawa visual pelakon itu tidak pernah berubah dan masih kelihatan sama dari dulu sehingga sekarang, masih lagi terdapat segelintir netizen yang menuduh Byun Woo-seok menjalani pembedahan plastik.
Perkara ini kemudiannya telah menjadi perdebatan diantara netizen di media sosial.
Komen netizen,
- Kalau tak bagitahu yang ni Byun Woo-seok, saya takkan dapat cam dia.
- Adakah dia buat pembedahan di hidung dan mata?
- Saya je ke yang rasa dia masih lagi kelihatan sama?
- Comelnya!
- Memang la nampak lain kerana dia dah kehilangan semua lemak di pipinya.
- Kalau dia bedah muka sekalipun kenapa?
- Siapa yang kata muka dia berbeza tu kena pergi jumpa doktor. Wajah dia tak berubah langsung.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.