Akhirnya, 2NE1 akan comeback sebagai satu kumpulan!
Pada 4 Oktober nanti, 2NE1 akan kembali menemui peminat menerusi konsert jelajah mereka ‘2NE1 CONCERT [WELCOME BACK]’ yang akan bermula di Seoul dan berlangsung selama tiga hari sehingga 6 Oktober.
Terbaru dalam satu sesi temu bual, ahli menambah keterujaan peminat dengan berkongsi sedikit ‘spoiler’ untuk konsert itu nanti. Kongsi CL pada awalnya,
Dulu, kami cuba untuk tunjuk sisi baru kami seperti menukar koreografi atau susun semula lagi tetapi kali ini, kami ingin menunjukkan muzik asli 2NE1.
2024 #2NE1 CONCERT [WELCOME BACK] IN SEOUL – ADDITIONAL SHOW POSTER
▶ 공연 일시 (Date)
– 2024.10.04(FRI) 8PM, 10.05(SAT) 6PM, 10.06(SUN) 4PM (KST)▶ 공연 장소 (Venue)
– OLYMPIC PARK, OLYMPIC HALL▶ 추가 회차 티켓 오픈 안내 (Additional Show Ticket Open Notice)
-… pic.twitter.com/iojFFeLE1x— YG FAMILY (@ygent_official) August 12, 2024
Jawab Park Bom pula,
Saya ingin mempersembahkan semua lagi tetapi saya kesal sebab tak dapat. Tetapi saya rasa anda boleh menantikannya kerana kami menyediakan senarai lagu yang semua orang boleh berseronok bersama.
Untuk pengetahuan, 2NE1 telah pun mengumumkan negara Asia yang mereka akan lawati untuk konsert jelajah ini. Malangnya, Malaysia nampaknya tidak termasuk dalam senarai, membuatkan ramai peminat sedih.
Untunglah siapa yang dapat pergi konsert diorang tu!