“Harap Bukan YG Paksa” – Menjelang Comeback 2NE1, Badan Langsing Park Bom Kini Curi Perhatian
- oleh Fareen
- 2 tahuns lalu
Sebelum ini, Park Bom sering mendapat perhatian dengan badannya yang nampak berisi.
Namun baru-baru ini, Park Bom telah terbang ke Vietnam untuk konsert istimewa bersama peminatnya di sana.
Menjelang konsert 2NE1 pada bulan Oktober nanti, peminat juga perasan bahawa Park Bom telah kehilangan banyak berat badan, dengan tubuhnya yang dilihat semakin langsing kini.
— 박봄 videos! (@ParkBomVideos) September 22, 2024
Malahan di laman X, peminat rata-rata gembira kerana wanita itu nampak lebih yakin dan sihat, serta semakin teruja untuk melihat penampilannya bersama 2NE1 tak lama lagi.
Komen peminat,
- Park Bom memang sentiasa cantik!
- Semoga kesihatan mentalnya juga makin bagus sekarang.
- Umur dah 40 tahun tapi dia sentiasa slay!
- Wahh dia dah berat badannya dah turun banyak. Saya harap bukan YG yang paksa dia.
Cantik kan Park Bom?
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




