Walaupun sering menafikan mempunyai hubungan namun keakraban antara Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo.
Dalam episod terbaru “Running Man”, keserasian antara mereka sekali lagi menjadi perbualan peminat program ini.
Ketika misi terakhir, mereka perlu menjawab soalan dan kumpulan yang berjaya perlu memotong tali bernombor yang diikat pada kerusi diduduki setiap ahli. Jika kesemua ahli kumpulan jatuh, mereka dikira memenangi pusingan itu.
Semasa salah satu pusingan, kumpulan Ji Suk-jin berjaya menjawab soalan dan lelaki tua itu berjaya memotong nombor kerusi yang diduduki Kim Jong-kook. Pun begitu, tanpa sengaja Song Ji-hyo terjatuh sekali. Usik ahli lain,
Kenapa awak yang jatuh, Ji-hyo? Awak jatuh kerana terkejut ke?
Jelas wanita itu,
Tak, saya duduk terlalu di hujung kerusi.
Balas Kim Jong-kook pula,
Kenapa awak ikut saya?
Pinta Song Ji-hyo,
Oppa~ Tolong dukung saya.
Respon lelaki itu lagi,
Mendukung awak bukan masalahnya..
Song Ji-hyo berterusan menjelaskan bahawa dia jatuh tanpa sengaja sebelum diangkat semula ke kerusinya.
Alaa comel je dua-dua!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉