Ikuti Kami:

“Bayaran Song Jihyo Lagi Mahal Dari Saya..” – Ji Sukjin

“Bayaran Song Jihyo Lagi Mahal Dari Saya..” – Ji Sukjin

Sejak menyertai “Running Man”, nama Song Ji-hyo kian mekar dan popular hingga ke serata Asia Tenggara.

Dalam episod terbaru ini, kesemua ahli dan tetamu perlu memilih untuk menyertai kelas Yoo Jae-suk atau Ji Suk-jin untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai dunia hiburan. Tema kali ini diambil sempena drama popular “Crash Course In Romance” lantas Roh Yoon-seo dijemput sebagai salah seorang tetamu untuk tayangan kali ini.

Kejutan untuk kesemua ahli, mereka perlu memilih kelas siapa yang mahu disertai berdasarkan poster di pintu. Pun begitu, pihak produksi menukar ‘guru’ di dalamnya dan bertentangan dengan poster di luar. Sebab itulah, ramai yang terperanjat apabila mereka disapa Yoo Jae-suk selepas memilih pintu Ji Suk-jin da sebaliknya.

ji sukjin running man

Selepas beberapa ahli ke kelas Yoo Jae-suk, Ji Suk-jin mula menunjukkan riak hampa apabila tiada siapa memilihnya. Walau bagaimanapun, dia tersenyum apabila melihat Song Ji-hyo memasuki kelas tersebut meskipun bergelut untuk melarikan diri kerana tersalah pilih.

Saya mahu menjadi bintang.

Balas Ji Suk-jin selamba,

Awak sudah menjadi bintang. Saya tahu bayaran iklan awak berapa. Ianya lagi tinggi dari saya.

song jihyo joo woojae

Mendengarkan respon lelaki itu, Song Ji-hyo hanya tertawa besar sebelum turut disertai oleh Joo Woo-jae yang ternyata turut silap memilih bilik.

Mahal banyak mana tu?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...