Ikuti Kami:

Duduk Bersama Di Airport, Netizen Makin Yakin Lisa BP Bercinta Dengan CEO Kaya Kini

Duduk Bersama Di Airport, Netizen Makin Yakin Lisa BP Bercinta Dengan CEO Kaya Kini

Nampaknya, semakin ada banyak bukti menyatakan bahawa Lisa sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan Frédéric Arnault..

Terbaru pada 14 Ogos, foto Lisa BLACKPINK sedang duduk bersebelahan dengan Frédéric Arnault di lapangan terbang telah tular di media sosial.

Menerusi gambar yang dikongsi, Lisa dan ‘teman lelaki’nya itu sedang duduk di ruang rehat VIP untuk golongan yang sangat kaya di Lapangan Terbang Los Angeles, California.

Khususnya untuk memasuki suite peribadi di situ, ahli perlu membayar yuran tahunan sebanyak 7,500 USD (RM 34,725) dan tambang sebanyak 2,700 USD (RM 12,501) untuk penerbangan domestik atau 3,000 USD (RM13,890) untuk penerbangan antarabangsa.

Meskipun ramai yang makin percaya bahawa Lisa dan Frédéric sedang bercinta kini, namun ada yang menyatakan bahawa mereka bersama atas urusan kerja, memandangkan pengurus dan pengawal peribadi Lisa turut dilihat berada di situ.

Bagi yang belum tahu, Frédéric Arnault merupakan CEO kepada jenama jam tangan mewah ‘TAG Heuer’ dan merupakan anak kepada Bernad Arnault, yang dianggap sebagai orang terkaya di dunia.

Omo..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...