Rancangan “The Zone: Survival Mission” akan kembali dengan musim ke-3 tak lama lagi!

“The Zone: Survival Mission” merupakan satu rancangan hiburan di mana kesemua ahli rancangan tersebut perlu bertahan dalam 8 simulasi bencana termasuk serangan zombi. Ianya sebelum ini telah diterajui oleh Yoo Jae-suk, Kwon Yu-ri dan Lee Kwang-soo.
Pada 11 Mac, Disney+ telah mengumumkan bahawa musim ke-3 yang akan dikeluarkan tak lama lagi mempunyai skala yang lebih besar berbanding sebelum ini, terutamanya dengan penambahan dua orang ahli baru, menggantikan Lee Kwang-soo.
Dua ahli baru yang bakal menyertai rancangan ini, iaitu Kim Dong-hyun dan Dex, dikenali ramai dengan kekuatan fizikal yang luar biasa mereka apatah lagi apabila kedua-duanya merupakan bekas peninju serta askar elit Korea.
Pengumuman ini sekaligus telah meningkatkan lagi jangkaan penonton yang setia menanti musim terbaru bagi “The Zone: Survival Mission”.
Musim Ke-3 bagi “The Zone: Survival Mission” ini akan mula ditayangkan di Disney+ pada penggal kedua 2024.
Tak sabarnya nak tonton!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.