Drama terbaru akan menemui penonton dan pastinya, line-up yang menarik!

Drama terbaru SBS, “The Escape of 7” telah mengesahkan barisan pelakon-pelakon hebat yang akan menerajui projek terbaru, karya pengarah Kim Soon-ok.
Uhm Ki-joon, Hwang Jung-eum, Lee Joon, Lee Yoo-bi, Shin Eun-kyung, Yoon Jong-hoon, Cho Yoon-hee, Jo Jae-yoon dan Lee Deok-hwa merupakan barisan pelakon yang bakal membintangi drama ini.
수많은 거짓과 욕망이 뒤엉켜 사라진 소녀의
실종에 연루된 7인의 거대 프로젝트!SBS 새 드라마 <7인의 탈출>
☞ 2023년 방송 예정#SBS새드라마 #7인의탈출#엄기준 #황정음 #이준 #이유비#신은경 #윤종훈 #조윤희 #조재윤 #이덕화 pic.twitter.com/p3R4mkkjaR— SBSNOW (@SBSNOW) September 22, 2022
“The Escape of 7” mengisahkan mengenai kisah 7 orang sahabat yang terlibat dengan kehilangan seorang gadis yang sudah mula kusut dengan pelbagai penipuan dan keinginan. Drama ini turut mengisahkan mengenai pengulangan situasi bagi mendedahkan kebenaran, pertumpahan darah, hukuman dari Tuhan dan sebagainya.
Barisan pelakon semua hebat-hebat ni… mesti drama ini akan jadi drama hit!
Korang rasa macam mana story line drama ini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.