Dari Penulis ‘The Penthouse’, Uhm Kijoon Sah Terajui & Hwang Jungeum Dilamar Sertai ‘The Escape Of 7’

escape 7

Sepertinya Uhm Ki-joon kembali berjabat tangan bersama penulis “The Penthouse, Kim Sun-ok untuk drama terbaru bertajuk “The Escape of 7”.

Respon agensi lelaki itu,

Uhm Ki-joon akan muncul dalam drama Kim Sun-ok, ‘The Escape Of 7’.

uhm kijoong

Bukan itu sahaja, pengarah drama “The Penthouse” iaitu Joo Dong-min juga disahkan bakal mengarahkan drama terbaru ini.

Laporan berita juga mengatakan bahawa “The Escape Of 7” bakal menemui penonton menerusi SBS dan akan mempunyai 7 teraju utama. Balas stesen penyiaran itu,

Kami sedang meneliti dengan positif untuk menyiarkan drama Kim Sun-ok iaitu ‘The Escape Of 7’.

Dalam pada itu, Hwang Jung-eum juga dikhabarkan bakal menyertai drama ini namun masih belum ada pengesahan daripada pihaknya.

hwang jungeum

Dipersiapkan secara rahsia, “The Escape Of 7” bakal memulakan penggambaran pada separuh kedua tahun ini selepas barisan pelakon lengkap.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply