Ramai tak yang menantikan Jang Na-ra buat comeback dalam dunia K-Drama kan?
Terbaru, terdapat khabar angin mengatakan pelakon wanita itu disahkan akan menyertai drama “Happy End”.
Respon agensinya, Jang Na-ra ada menerima tawaran drama “Happy End” tapi masih menelitinya kini.
Untuk pengetahuan, “Happy End” membawa kisah seorang wanita yang melalui zaman kanak-kanak yang sukar dan melarikan diri daripada kejayaan dan keghairahan apabila hidupnya mula sesak dek kejayaan yang dicapai.
Jang Na-ra dilamar untuk berlakon sebagai Seo Jae-won, iaitu heroin drama itu. Dia merupakan wakil jenama perabot rumah yang teliti serta dingin dan hanya berlari mengejar keinginannya.
Terdahulu, wanita itu berkahwin dengan seorang ahli sinematografi muda 6 tahun darinya pada Jun tahun lalu.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉