Siap sedia semua untuk drama baru Kim Tae-hee!

Pada 26 Disember, wakil dari Kim Tae-hee telah mengumumkan bahawa pelakon itu sedang menjalani penggambaran drama “House With a Yard” kini.
Untuk pengetahuan, “House With a Yard” ialah drama adaptasi novel dengan nama yang sama, mengikuti kisah ngeri keluarga yang mematahkan ilusi ‘rumah bahagia dengan taman’. Ianya melibatkan syak wasangka dan kebangkitan seorang suri rumah yang menikmati kebahagiaan di rumah sempurna namun, dicemburui orang lain.
Seperti yang dilaporkan pada Oktober lalu, pelakon lain yang sedang dalam perbincangan untuk sertai Kim Tae-hee dalam drama tersebut adalah Kim Sung-oh dan Lim Ji-yeon.
Dalam pada itu, ini merupakan kemunculan semula Kim Tae-hee selepas 3 tahun ke skrin kecil sejak “Hi Bye, Mama!”.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai “House With a Yard”!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.