Dari Pengarah ‘Twenty Five, Twenty One’, Kim Taehee Dilamar Terajui Drama Thriller Baru
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Selepas “Hi Bye, Mama!”, pasti ramai yang menantikan drama baru lakonan Kim Tae-hee.
Artikel Berkaitan
Terbaru, Kim Tae-hee dilaporkan telah ditawar untuk membintangi drama tvN akan datang berjudul “House with a Garden”. Tidak lama kemudian, agensi pelakon itu mengesahkannya,
Kim Tae-hee menerima tawaran untuk membintangi drama tvN baru ‘House with a Garden’ dan kini sedang menyemaknya.
Untuk pengetahuan, “House with a Garden” ialah drama adaptasi novel dengan nama yang sama, mengikuti kisah ngeri keluarga yang mematahkan ilusi ‘rumah bahagia dengan taman’. Ianya melibatkan syak wasangka dan kebangkitan seorang suri rumah yang menikmati kebahagiaan di rumah sempurna namun, dicemburui orang lain.

Dalam pada itu, pelakon lain yang turut dilaporkan menerima tawaran untuk membintangi drama ini adalah Kim Sung-oh dan Lim Ji-yeon.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut drama “House with a Garden”!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




