Ikuti Kami:

Drama Paling Dinantikan Tahun Ini, YoonA Ulas Watak Jururawat Dalam ‘Big Mouth’

Drama Paling Dinantikan Tahun Ini, YoonA Ulas Watak Jururawat Dalam ‘Big Mouth’

Pasti ramai yang teruja untuk menyaksikan penampilan Yoon-A sebagai seorang jururawat dalam drama “Big Mouth”, kan?

Bagi yang belum tahu, “Big Mouth” ialah drama noir yang membawa kisah seorang peguam kelas ketiga Park Chang-ho (Lee Jong-suk), yang tanpa sengaja mengendalikan sebuah kes pembunuhan yang membuatkannya berubah menjadi penipu dipanggil ‘Big Mouse’ dalam sekelip mata sahaja. Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menyelamatkan keluarganya, dia perlu membongkarkan konspirasi besar dalam kalangan kelas atasan yang berpengaruh.

Dalam drama ini, Yoon-A akan membawa watak sebagai Go Mi-ho, seorang jururawat dan isteri kepada Park Chang-ho.

yoona big mouth

Untuk pengetahuan, “Big Mouth” merupakan drama noir pertama yang dibintangi Yoon-A. Dedah pelakon itu tentang sebab dia memilih untuk membintangi siri itu,

Saya fikir saya boleh menunjukkan daya tarikan baru kerana Go Mi-ho secara aktif dilukis di tengah-tengah kejadian itu, serta keberanian dan kebijaksanaannya dalam proses menyelesaikan perkara ini menyentuh hati saya.

Selain itu, Go Mi-ho dikatakan sebagai watak yang membuatkan Yoon-A banyak berfikir semasa penggambaran. Idola dan pelakon itu mengaku,

Saya fikir dia adalah watak yang sangat kuat dengan kekuatan dalaman yang kuat. Apabila dia terjun ke medan perang untuk melindungi keluarganya, apabila episod itu berlanjutan, semakin banyak rasa tanggungjawab yang dia ada. Dia berjuang habis-habisan tidak kira apa bahaya yang menimpanya.

yoona big mouth

Kemudian, Yoon-A turut berkongsi tentang apa yang dia lakukan untuk menjiwai wataknya sebagai jururawat. Jelasnya,

Memandangkan ini kali pertama saya memainkan watak sebagai jururawat, saya mendapatkan nasihat daripada kakitangan perubatan profesional di set. Saya mengikat rambut saya untuk kelihatan kemas dan cuba kelihatan semula jadi.

Jangan lupa tonton “Big Mouth” pada 29 Julai ini menerusi Disney+!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...