Ikuti Kami:

Drama Kim Sejeong ‘Today’s Webtoon’ Raih Rating Terendah Sepanjang Tayangan

Drama Kim Sejeong ‘Today’s Webtoon’ Raih Rating Terendah Sepanjang Tayangan

Ada tak yang tengah seronok layan drama “Today’s Webtoon” sekarang?

Bagi yang belum tahu, drama ini mengisahkan tentang seorang bekas atlet judo yang menyertai jabatan editorial webtoon sebagai pekerja baharu dan bergelut untuk menjadi seorang editor webtoon yang sebenar. Drama ini juga akan menggambarkan sifat kompetitif bidang ini di Korea Selatan.

Untuk pengetahuan, episod pertama “Today’s Webtoon” berjaya mencapai rating 4.1%, iaitu permulaan yang baik.

Bagaimanapun, episod terbaru drama itu yang ditayangkan pada 20 Ogos telah mencatat rating hanya 2.2%, iaitu pencapaian terendah sepanjang tayangan.

today's webtoon

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen mempunyai pendapat yang berbeza tentang mengapa naskhah ini kurang mendapat sambutan penonton. Antara komen yang ditulis:

Ia adalah pembuatan semula drama Jepun, jadi saya rasa ia tidak menepati citarasa orang Korea.

 

Mungkin sebab sekarang ada banyak drama lain yang lebih bagus.

 

Jalan ceritanya agak membosankan…

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...