Ikuti Kami:

Gabung Dunia Realiti & Webtoon, ‘Today’s Webtoon’ Bermula Dengan Rating Baik

Gabung Dunia Realiti & Webtoon, ‘Today’s Webtoon’ Bermula Dengan Rating Baik

Kim Se-jeong kembali lagi dengan drama baru iaitu “Today’s Webtoon” bersama Nam Yoon-su.

Sinopsis

Drama ini mengisahkan seorang bekas atlet judo yang menyertai jabatan editorial webtoon sebagai pekerja baharu dan bergelut untuk menjadi seorang editor webtoon yang sebenar. Drama ini juga akan menggambarkan sifat kompetitif bidang ini di Korea Selatan.

Dunia webtoon & sebenar

[Amaran SPOILER]

Terpaksa melakukan kerja separuh masa sahaja kini dek kecederaan yang menghalangnya dari meneruskan kerjaya sebagai atlet judo, On Ma-eum (Kim Se-jeong) mula mendapat harapan apabila diterima bekerja kontrak di Syarikat NEON yang turut mempunyai jabatan webtoon.

sbs today's webtoon

Walaupun bersemangat kerana dapat bekerja di tempat yang diminatinya, namun wanita itu sering melakukan kesalahan besar yang boleh menyebabkan kerugian. Pun begitu, On Ma-eum terus kekal positif bersama Gu Jun-yeong (Nam Yoon-su), seorang staf baru yang tidak mempunyai sebarang impian hidup.

Rating baik

Untuk episod awal ini, “Today’s Webtoon” berjaya menarik perhatian ramai kerana plot unik di syarikat webtoon. Malah ia turut disukai kerana elemen komik yang diterapkan ke dalam beberapa babak di mana ianya disunting seperti dunia fantasi.

sbs today's webtoon

Terbukti popular, episod perdana telah meraih rating 4.1% iaitu satu angka yang baik namun catatan itu turun sedikit kepada 3.1% dalam episod seterusnya memandangkan saingan sengit daripada drama lain seperti “Alchemy Of Souls” dan “Big Mouth”.

Korang dah layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...