Ikuti Kami:

Drama Hit ‘A Business Proposal’ Akan Dihasilkan Semula Dengan Pelakon Popular

Drama Hit ‘A Business Proposal’ Akan Dihasilkan Semula Dengan Pelakon Popular

Mesti ramai kan yang rindu nak tonton gandingan Ahn Hyo-seop dan Kim Se-jeong dalam drama “A Business Proposal”?

Terbaru pada 27 April, stesen TV Hong Kong telah mengadakan acara yang mengumumkan rancangan akan datang menerusi ViuTV.

Menarik perhatian, drama popular yang diterajui Ahn Hyo-seop, Kim Se-jeong, Kim Min-gue dan Seol In-ah iaitu “A Busines Proposal” bakal dihasilkan semula dalam versi Hong Kong dan akan dibintangi ramai pelakon hebat.

business proposal hong kong remake

Untuk versi Hong Kong ini, Anson Lo dan Edan Lui akan membawa watak utama lelaki manakala Hanna Chan dan Shirley Sham akan memainkan watak utama wanita.

Dalam pada itu, butiran khusus seperti watak yang akan dibawa oleh pelakon dan tarikh tayangan masih belum diumumkan lagi setakat ini.

Nantikan maklumat lanjut!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...