Ikuti Kami:

Drama ‘Anna’ Lakonan Suzy Tamat Penggambaran, Bakal Tayang Musim Panas Ini

Drama ‘Anna’ Lakonan Suzy Tamat Penggambaran, Bakal Tayang Musim Panas Ini

Suzy akan kembali dengan drama baharu tidak lama lagi!

Pada 29 Mac, telah dilaporkan bahawa siri baru Coupang Play “Anna” telah selesai menjalani penggambaran pada 23 Mac lepas.

Bagi yang belum tahu, “Anna” ialah drama 8 episod di mana seorang wanita yang mulanya hanya menipu sedikit dan kemudiannya hidup dalam kehidupan orang lain. Suzy membawa watak Yoo-mi, seorang wanita yang menipu kecil pada asalnya dan akhirnya terpaksa melalui kehidupan orang lain. Turut dibintangi oleh Jung Eun-chae yang memegang watak sebagai Hyun-joo, seorang yang menjalani kehidupan dengan meletakkan dirinya di atas semua orang, melayan mereka tanpa sebarang niat baik mahupun buruk. Dia mempunyai hubungan yang agak tegang dengan Yoo-mi.

Selesai menjalani penggambaran setelah hampir 6 bulan, pengarah Lee Joo-young berkata,

Saya dengan tulus ikhlas berterima kasih kepada pelakon dan kakitangan yang melakukan yang terbaik sehingga ke akhirnya. Saya akan meletakkan sepenuh hati saya ke dalam baki pasca produksi supaya kisah pelbagai emosi dan watak ‘Anna’ dapat mencapai hati penonton.

bae suzy anna

Suzy yang memegang watak Yoo-mi turut berkongsi,

Terdapat banyak detik sukar dalam mengikuti garis emosi Yoo-mi yang luas, tetapi sebagai seorang pelakon, saya sangat bertuah kerana dapat bertemu dengan watak ini. Setiap saat saya melakukan yang terbaik, dan setiap saat adalah satu cabaran. Saya pasti ia akan menjadi karya yang sangat bermakna bagi diri saya kerana saya sangat menikmati ketika merakamnya. Terima kasih kepada semua kakitangan, dan tolong berikan minat buat ‘Anna’.

“Anna” bakal menemui penonton pada musim panas ini melalui Coupang Play. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...