Wah, nampaknya Suzy kembali berlakon selepas hampir setahun “Start-Up” menamatkan tayangan.
Sebuah siri baru Coupang Play, “Anna” ialah drama 8 episod di mana seorang wanita yang mulanya hanya menipu sedikit dan kemudiannya hidup dalam kehidupan orang lain.
Suzy membawa watak Yoo-mi, seorang wanita yang menipu kecil pada asalnya dan akhirnya terpaksa melalui kehidupan orang lain. Jung Eun-chae pula berlakon sebagai Hyun-joo, seorang yang menjalani kehidupan dengan meletakkan dirinya di atas semua oranh, melayan mereka tanpa sebarang niat baik mahupun buruk. Dia mempunyai hubungan yang agak tegang dengan Yoo-mi.
Kim Jun-han akan berlakon sebagai suami Yoo-mi, Ji-hoon yang bercita-cita tinggi dan pentingkan masa hadapan. Park Ye-young pula akan membawa watak Ji-won, satu-satunya senior yang boleh dipercayai Yoo-mi.
Terang pengarah Lee Joo-young,
‘Anna’ ialah cerita mengenai seseorang yang hilang diri mereka dan sebahagian daripada hidup kerana penipuan yang bermula kerana berasa kosong.
Untuk pengetahuan anda, drama ini sudah pun memulakan penggambaran pada 15 Oktober lalu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.