Nampakanya, drama “Military Prosecutor Doberman” bakal menyapa penonton di Netflix tidak lama lagi.

Bagi yang belum tahu, “Military Prosecutor Doberman” menceritakan kisah seorang lelaki Do Bae-man (Ahn Bo-hyun), seorang pendakwa raya ketenteraan yang memilih pekerjaan tersebut kerana wang. Selepas bertemu Cha Woo-in (Jo Boah), seorang yang sama bidang dengannya namun bekerja bagi membalas dendam, Do Bae-man mula menghapuskan si jahat dalam ketenteraan dan menjadi pendakwa raya yang sebenar.
Sudah tamat tayangan pada April lalu, drama kegemaran ramai itu akan boleh ditonton di Netflix pada 27 Ogos nanti. Akhirnya!
Untuk pengetahuan, episod akhir “Military Prosecutor Doberman” telah berjaya mencatat rating tinggi melepasi 10%, membuktikan drama itu sebagai naskhah yang digemari ramai.
Boleh la marathon balik!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.