‘Dr. Romantic 3’ Sah Dalam Persediaan, Penonton Teka Pelakon Utamanya
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Bertahun menanti, akhirnya semakin hampir kita dengan musim ketiga “Dr. Romantic 3”.
Artikel Berkaitan
Menurut entri dari Kim Min-jae, sepertinya produksi drama SBS itu sudah pun dalam persiapan apabila dia menerima trak kopi di set penggambaran “Poong, The Joseon Psychiatrist” dari mereka.
Tulis pesanan di banner itu,
Tabib, saya berjangkit ‘demam cinta’ rasanya.

Apa yang menarik perhatian ialah trak itu telah dihantar oleh pasukan produksi “Dr. Romantic 3”, mengikut tulisan di banting tersebut.
Sepertinya Kim Min-jae mungkin bakal menyertai musim terbaru ini memandangkan dia menerima sokongan produksi tersebut.

Malah terdapat info mengatakan pihak produksi “Dr. Romantic 3” sudah pun selesai mencari kesemua pelakon utama dan sampingan. Disebabkan itu, rata-rata peminat mula meneka siapakah yang bakal mengelola musim terbaru ini.
Sama-sama kita nantikan kemas kini mengenai drama ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




