Ikuti Kami:

‘Dr. Romantic 3’ Dilapor Bakal Mula Penggambaran Awal Tahun Depan?

‘Dr. Romantic 3’ Dilapor Bakal Mula Penggambaran Awal Tahun Depan?

Dua musim yang berjaya mencatat rating tinggi, sudah pasti ramai yang menanti musim ketiga “Dr. Romantic” kan?

Walaupun ada khabar angin yang mengatakan bahawa ia akan memulakan penggambaran dalam tahun ini, namun tiada berita setakat ini.

Namun menerusi sebuah laporan media baru-baru ini, sepertinya drama perubatan berkenaan akan memulakan penggambaran untuk musim terbarunya pada separuh pertama 2022.

han seokkyu

Menurut berita itu lagi, drama lakonan Han Seok-kyu iaitu “Until The Morning Comes” dan “Dr. Romantic 3” akan ditayangkan satu demi satu.

“Until The Morning Comes” membawa kisah Han Seok-kyu sebagai suspek pengganas manakala Jung Yu-mi pula sebagai profiler yang menyiasat kes itu. Sedang menjalani penggambaran, ianya akan dirancang menemui penonton pada Februari nanti dengan 8 episod. Di mana bahagian babak yang tidak dapat dimasukkan ke dalam tayangan awal itu akan ditayangkan di dalam musim keduanya nanti.

Macam dah tak lama lagi sahaja kita akan disapa dengan musim terbaru “Dr. Romantic”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...