Pernah dengat tak mengenai musim ketiga “Dr. Romantic” yang dikhabarkan bakal memulakan tak lama lagi?
Terbaru, khabar angin itu kembali berterbangan di dalam industri drama Korea. Katanya, drama perubatan popular itu akan kembali dengan musim ketiga pada tahun hadapan dan ditayangkan pada musim sejuk 2022. Bahkan laporan itu mengatakan bahawa Han Suk-kyu dan Ahn Hyo-seop bakal kembali menyertai musim terbaru itu bersama pengarah Yoo In-shik yang bertanggungjawab pada dua musim awalnya.
Mendengarkan berita itu, pihak SBS turut memberikan respon mereka,
Kami sudah memulakan perbincangan mengenai produksi musim ketiga. Tiada apa yang disahkan lagi.
Sekadar pengetahuan, musim pertama “Dr. Romantic” ditayangkan pada 2016 bersama Han Suk-kyu, Yoo Yeon-seok, Seo Hyun-jin dan Yang Se-jeong manakala musim kedua pada 2020 pula dibintangi oleh Han Suk-kyu, Ahn Hyo-seop dan Lee Sung-kyung.
Korang teruja tak?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.