Ikuti Kami:

Doktor Kacak Daripada Keluarga Kaya, Identiti Bakal Suami Pelakon Kang Sora Didedahkan

Doktor Kacak Daripada Keluarga Kaya, Identiti Bakal Suami Pelakon Kang Sora Didedahkan

Kelmarin, dunia seni Korea digemparkan dengan berita perkahwinan Kang So-ra yang diumumkan sendiri oleh agensi naungan pelakon itu. Sudah pun 11 tahun aktif berlakon dan hanya mempunyai satu kisah cinta terbuka bersama Hyunbin dahulu, ramai yang nyata terkejut dengan khabar berita tersebut.

Bakal berkahwin pada 29 Ogos nanti dalam sebuah majlis kecil kerana mematuhi prosedur baru dek COVID-19 yang kian meruncing, ramai yang membuka luas telinga kerana ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai lelaki bertuah tersebut.

Menurut TV Daily, lelaki bukan selebriti tersebut ialah seorang doktor prubatan timur yang berusia lewat 30-an. Bakal suami Kang So-ra itu juga kini mempunyai klinik sendiri yang beroperasi di wilayah Gyeonggi selain pernah berkhidmat sebagai presiden di beberapa klinik perubatan timur yang lain.

identiti bakal suami kang sora

Satu sumber yang mengenali bakal pengantin lelaki itu menjelaskan,

Ramai yang terkejut dengan berita perkahwinan ini kerana mereka bercinta secara rahsia. Pengantin lelaki juga mempunyai wajah yang tampan jadi dia agak menonjol. Dua individu dengan visual yang menarik telah bertemu.

Selain itu, bakal suami Kang So-ra dikatakan sebagai seorang doktor yang berkemahiran tinggi dengan pengalaman yang banyak. Bahkan, lelaki itu juga dikhabarkan sangat baik dan berlemah-lembut dengan pesakit selain berwajah tampan. Dia juga berasal daripada keluarga kaya dan mempunyai personaliti yang lembut dan sabar.

Nampaknya Kang So-ra dah bertemu dengan jodoh yang baik buat selamanya. Semoga urusan perkahwinan berjalan dengan lancar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...