Ikuti Kami:

Tahniah! Pelakon Kang Sora Umum Perkahwinan Dengan Teman Lelaki Bukan Selebriti

Tahniah! Pelakon Kang Sora Umum Perkahwinan Dengan Teman Lelaki Bukan Selebriti

Rasanya ramai betul selebriti Korea yang mengumumkan berita perkahwinan sejak kebelakangan ini. Sejak daripada Lee Yeon-hee, Chang-min kumpulan TVXQ dan ramai lagi, kini pelakon Kang So-ra pula mengumumkan berita bahagia dirinya buat peminat.

Berita ini disampaikan oleh agensi naungan pelakon wanita itu sendiri iaitu Plum Actors,

Hello, ini adalah Plum Actors. Kami ingin mengumumkan berita mengenai Kang So-ra.

Atas dasar percaya dan cinta antara satu sama lain, Kang So-ra dan teman lelaki bukan selebritinya membuat keputusan untuk berkahwin.

Perkahwinan tersebut sepatutnya berlangsung pada 29 Ogos nanti, namun majlis itu terpaksa dibatalkan kerana situasi COVID-19 yang kembali meruncing. Majlis tersebut akan digantikan dengan pertemuan kecil di antara pasangan tersebut dan keluarga terdekat mereka sahaja.

kang sora umum perkahwinan

Bagi menghormati pengantin lelaki yang bukan dalam kalangan selebriti dan juga keluarga kedua pihak, kesemua perincian akan dirahsiakan. Jadi kami meminta kefahaman daripada pihak wartawan.

Kang So-ra akan terus menyapa anda semua sebagai seorang pelakon menerusi projek dan aktiviti yang baik.

Diharap anda dapat menyokong dan merestui pelakon Kang So-ra yang akan melalui lembaran baru hidupnya.

Terima kasih.

Tahniah kepada Kang So-ra dan pasangannya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...