Ikuti Kami:

‘Do You Like Brahms?’ & ‘Record Of Youth’ – Drama Kisah Anak Muda Berjaya Tarik Perhatian Penonton

‘Do You Like Brahms?’ & ‘Record Of Youth’ – Drama Kisah Anak Muda Berjaya Tarik Perhatian Penonton

Kini, semakin banyak drama yang mempertaruhkan kisah orang muda mengejar impian mereka. Tidak perlukan plot yang genting ataupun mendebarkan, realiti yang diangkat di dalam drama sebegini cukup untuk membuatkan penonton membayangkan kehidupan mereka yang ada kalanya sama dengan watak utama tersebut.

Antara dua drama kini yang mempertaruhkan plot kisah anak muda ialah:

Do You Like Brahms?

do you like brahms?

“Do You Like Brahms?” menceritakan mengenai Park Joon-young (Kim Min-jae) mula bermain piano sejak berusia 6 tahun lagi dan berjaya meraih pelbagai trofi daripada pertandingan tempatan sehingga ke seluruh dunia. Manakala Chae Song-ah (Park Eun-bin) pula yang merupakan graduan bidang perniagaan, kini kembali mendaftar ke universiti yang sama namun ke sekolah muzik pula selepas 4 tahun mencuba. Wanita itu yang 7 tahun lebih tua daripada rakan sekelasnya tetap gagah bagi mengejar impiannya.

Kisah cinta bersegi-segi dalam drama ini nyata membuatkan semuanya nampak menyerabutkan tetapi perkembangan hubungan yang tenang di antara Joon-young dan Song-ah membuatkan ianya menjadi lebih bermakna. Malah rating yang direkodkan juga boleh tahan hebat dengan catatan tertinggi iaitu 6.3%.

Record Of Youth

record of youth

“Record Of Youth” membawa kisah Sa Hye-joon (Park Bo-gum) yang menanam impian untuk menjadi model dan pelakon manakala Ahn Jung-ha (Park So-dam) pula mahu menjadi seorang artis solekan dan menolak ketepi rasa tidak yakin diri yang sudah lama bersarang dalam dirinya. Won Hae-hyo (Byun Woo-seok) pula merupakan rakan baik kepada Hye-joon dan sangat berharap agar orang menerimanya sebagai pelakon dan model yang berbakat dan bukannya kerana apa yang dimilikinya sejak lahir.

Menjadi satu-satunya K-Drama yang tersenarai dalam ranking 10 program TV popular di Netflix Global kini selain turut meraih rating yang tinggi pada saban episod (rekod tertinggi 7.2%) membuktikan kepopularitiannya dalam peminat K-Drama.

Elemen yang sama iaitu orang muda mengejar impian, cuma dalam keadaan yang berbeza iaitu dalam dunia muzik klasikal dan dunia industri seni. Namun keduanya ternyata mampu merebut hati penonton dan menarik perhatian mereka setiap kali tayangan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...