Nampaknya drama “Record Of Youth” lakonan Park Go-gum dan Park So-dam bukan sahaja popular di Korea malahan di serata dunia!
Kalau anda nak tahu, “Record Of Youth” membawa kisah Sa Hye-joon (Park Bo-gum) yang menanam impian untuk menjadi model dan pelakon manakala Ahn Jung-ha (Park So-dam) pula mahu menjadi seorang artis solekan dan menolak ketepi rasa tidak yakin diri yang sudah lama bersarang dalam dirinya. Won Hae-hyo (Byun Woo-seok) pula merupakan rakan baik kepada Hye-joon dan sangat berharap agar orang menerimanya sebagai pelakon dan model yang berbakat dan bukannya kerana apa yang dimilikinya sejak lahir.
Khabarnya, drama kehidupan anak muda ini yang turut boleh diakses di Netflix juga popular di negara luar seperti Vietnam, Thailand, Saudi Arabia, Taiwan, Singapura, Filipina, Nigeria, Malaysia, Japan, Bangladesh, dan banyak lagi.
Disebabkan menjadi sebutan dalam kalangan peminat K-Drama, “Record Of Youth” juga berjaya tersenarai dalam 10 rancangan TV popular di Netflix Global. Wow!
Ramai yang cakap drama ini menghiburkan, malahan ratingnya juga kian meningkat pada saban episod sekaligus membuktikan bahawa rakyat Korea sendiri merupakan pengikut setia naskhah itu.
Tak salah percaturan Park Bo-gum memilih “Record Of Youth” sebagai drama terakhir sebelum dia berkhidmat dalam latihan ketenteraan kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.