Ikuti Kami:

Diugut Bunuh & Hampir Diculik, 5 Idola Korea Ini Pernah Hadapi Ancaman Peminat Obsesif

Diugut Bunuh & Hampir Diculik, 5 Idola Korea Ini Pernah Hadapi Ancaman Peminat Obsesif

‘Sasaeng’ ialah istilah Korea Selatan untuk peminat taksub yang bertindak dengan cara yang menceroboh privasi selebriti Korea.

Salah satu aktiviti yang paling ketara ialah mengikuti artis sehingga ke rumah mereka malah ada yang diugut bunuh.

Apink

Apink diugut dengan bahan letupan

Apink diugut dengan panggilan telefon bahawa bahan letupan telah ditanam di tempat mereka diami. Disebabkan ancaman ini, meet and greet Apink, pameran, acara Universiti Dongguk Naeun dan sidang akhbar drama Eunji telah dibatalkan. Suspek dikatakan seorang lelaki berusia 30-an yang menetap di Kanada.

Eunha GFRIEND

Eunha diuugut bunuh

Semasa siaran langsung, salah seorang penonton (disyaki penonton antarabangsa) menulis komen menakutkan yang mengancam untuk membunuh Eunha. Pengguna ID Yura Kireev, menulis, “eunha mati di Jepun … membunuh awak di Jepun”. Pengguna terus menyebut nama SinB dan Umji semasa siaran langsung dan mengancam untuk membunuh mereka juga.

Pengguna itu nampaknya terkenal di kalangan ahli GFRIEND sebagai anti-peminat yang secara konsisten membuat ugutan. Mereka juga telah menyiarkan imej pisau, senjata api, dan gambar wajah Eunha disunting dengan mengerikan di akaun Instagram mereka, yang kini telah dipadamkan.

EXO

exo hampir diculik

EXO hampir diculik! Beberapa peminat sasaeng EXO pernah menyewa sebuah van yang kelihatan serupa dengan yang digunakan oleh kumpulan K-Pop berkenaan dan meletakkannya berhampiran tempat EXO sedang bekerja.

Apabila kumpulan itu telah habis bekerja, mereka mula menuju ke arah van yang salah kerana  berfikir ia adalah kenderaan yang disediakan untuk mereka. Nasib baik pengurus kumpulan itu sempat menghalang ahli EXO daripada naik van tersebut kerana ia kelihatan sangat mencurigakan.

Taeyeon

Semasa salah satu konsert mereka, semasa Girls’ Generation sedang membuat persembahan, seorang lelaki pertengahan umur naik ke atas pentas dan menarik Taeyeon pergi. Sunny mengekori lelaki itu dan nasib baik dia dihalang oleh pengawal keselamatan sebelum turun dari pentas. Tiada siapa yang tahu apa niat lelaki itu, tetapi sangat lega kerana tiada apa yang berlaku kepadanya

VIXX

ahli vixx hampir diculik

Ia bermula apabila mereka sudah sampai di lapangan terbang, hanya pengurus sahaja yang turun dan pemandu bas tersebut terus mengunci van. Mereka dibawa ke tempat lain, apabila ditanya pemandu itu memberi alasan terlalu lama untuk menunggu.

Ahli VIXX tidak terlalu memikirkan situasi ini, kerana mereka hanya menyangka terdapat beberapa salah faham. Apabila ahli tiba di lounge, mereka dilayan seperti diraja. Selain itu, pengurus mengejar mereka tetapi tidak dibenarkan masuk ke lounge walaupun ahli VIXX membenarnya masuk.

Ahli VIXX terkejut apabila seorang gadis sekolah menengah masuk ke ruang rehat. Mereka kemudian diberitahu bahawa gadis muda itu adalah anak perempuan presiden Kazakhstan dan dia peminat tegar VIXX, terutamanya N.

Seram…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...