Ikuti Kami:

“Sedih Dia Jatuh Sekelip Mata” – Diugut Bunuh, Bekas Kekasih Kim Seonho Ambil Tindakan Undang-Undang

“Sedih Dia Jatuh Sekelip Mata” – Diugut Bunuh, Bekas Kekasih Kim Seonho Ambil Tindakan Undang-Undang

Selepas kontroversi yang terpalit pada Kim Seon-ho mengenai pendedahan bekas kekasihnya, lelaki itu telah digugurkan daripada pelbagai produksi seperti “2 Days 1 Night” dan turut meminta maaf atas kesilapannya.

Terbaru, bekas kekasih lelaki itu telah mengumumkan menerusi firma guaman dilantiknya akan mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mengugut untuk membunuh dan melanggar privasinya.

Kami peguam Lee Dong-hoon dan Jung Da-eun dari firma guaman Best Way yang mewakili bekas kekasih Kim Seon-ho, ‘A’.

Pada ketika ini, informasi peribadi ‘A’ telah dikongsi secara melulu menerusi beberapa saluran media, media sosial dan komuniti atas talian; dan dia menghadapi serangan tanpa henti termasuklah ugutan bunuh berdasarkan pemalsuan identiti dan kehidupan peribadi.

Disebabkan itu, ‘A’ sedang mengalami tekanan psikologi yang teruk, sehingga membuatkan dia sukar untuk menjalani kehidupan seharian.

Bagi mengelakkan ‘A’, yang bukan seorang selebriti, daripada menderita kerosakan tambahan, kami meminta anda untuk elakkan daripada spekulasi melampau selain menfitnahnya, dan kami juga meminta wartawan mengelak daripada menyiasat ‘A’ dan meminta untuk menemuramahnya.

Firma guaman kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi ‘A’, dan kami memberitahu anda rancangan untuk mengambil segala tindakan undang-undang sebagai respon kepada laporan, entri dan komen buruk berkaitan ‘A’.

kim seonho

Dalam pada itu, bekas kekasih Kim Seon-ho turut memberikan kenyataan tambahan pada entri asalnya,

Saya meminta maaf kerana menyakitkan ramai orang tanpa sengaja dengan entri tersebut.

Terdapat ketika di mana orang itu dan saya benar-benar mencintai satu sama lain, jadi saya berasa sedih apabila melihatnya jatuh sekelip mata disebabkan apa yang tulis oleh saya, sebahagian daripada yang kuat.

Saya sudah menerima permohonan maaf daripadanya, dan saya rasa ada beberapa bahagian yang merupakan salah faham.

Saya tidak mahu perkara selain daripada kebenaran tersebar, dan saya tidak mahu kisah kami dibesar-besarkan lagi.

Hati saya berasa berat kerana merasakan bahawa saya sudah menyebabkan kesusahan buat ramai orang menerusi insiden ini.

Saya akan memadam entri ini nanti.

Awal minggu ini, seorang wanita telah menulis entri di laman komuniti menuduh seorang pelakon yang pernah bersamanya telah memaksa untuk mengugurkan kandungan dengan perjanjian akan berkahwin dengannya. Malah dia juga ditipu dengan kata-kata bahawa pelakon itu perlu membayar caj penalti yang tinggi buat syarikatnya. Bagaimanapun, lelaki itu melayannya dengan buruk selepas anak mereka digugurkan. Dalam entri itu lagi, pelakon tersebut dikatakan sering bercakap buruk mengenai rakan sekerjanya dan bukan sahaja melayan dirinya dengan tidak baik, malah orang disekelilingnya. Katanya, selepas lelaki itu meninggalkannya menerusi panggilan telefon sahaja, dia menantikan permohonan maaf berbulan lamanya, tapi bertindak menulis entri itu kerana dia langsung tidak menerima permohonan maaf.

Tiga hari kemudian, Kim Seon-ho membuka cerita dan mengakui bahawa dia ialah pelakon tersebut selain turut memuat naik permohonan maaf atas kesilapannya itu.

Semoga jadi pengajaran.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...