Ikuti Kami:

Dituduh ‘Tunjuk Kuasa’ Di Set ‘Sponsor’, Lee Jihoon Beri Kenyataan Rasmi

Dituduh ‘Tunjuk Kuasa’ Di Set ‘Sponsor’, Lee Jihoon Beri Kenyataan Rasmi

Dalam beberapa hari ini, pelakon Lee Ji-hoon terpalit dengan beberapa dakwaan tidak baik melibatkan staf produksi drama “Sponsor”.

Tidak berdiam diri, pelakon itu kemudiannya memberikan kenyataan panjang bagi menjelaskan cerita daripada pihaknya.

Hello, ini ialah Lee Ji-hoon.

Saya minta maaf kerana hanya menceritkan cerita sebenar bagi pihak saya kini. Pertama sekali, tak kisah apa pun sebabnya, saya memohon maaf atas salah faham di antara rakan dan pengarah lokasi (FD) ketika di set. Sejujurnya, saya tidak tahu apa yang mereka katakan antara satu sama lain. Namun salah saya kerana membawa rakan ke set penggambaran untuk memberikan hadiah.

Jikalau FD tersebut berasa tidak selesa dengan situasi berkenaan, saya memohon maaf. Saya akan lebih berhati-hati agar tidak membawa rakan melawat set penggambaran selepas ini.

Pun begitu, jikalau tidak keberatan, saya mahu orang lain mendengar penjelasan di pihak saya juga. Saya mahu bercakap secara jujur kerana terdapat pelbagai kisah yang diputarbelit dan disampaikan secara berlebihan. Saya menjelaskan mengenainya sekarang keran tidak mahu duduk dan melihat sahaja daripada tepi lagi.

Sehingga kini, penggambaran berjalan dengan baik dan saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan staf lain di set. Meskipun kemahiran yang kurang, saya bekerja keras dan melakukan yang terbaik untuk mencuba berlakon dengan baik. Secara jujur, terdapat ketika di mana FD itu bersikap kasar dengan pengurus saya, wartawan yang hadir untuk temuramah, pelakon sampingan dan juga saya. Selepas melihat dan melaluinya, mungkin kerana saya manusia, saya berasa tidak selesa dengannya. Memang benar saya terfikir, ‘Mereka hanya menjalankan tugas dan dia (FD) boleh sahaja bercakap baik dengan mereka: kenapa dia melayan mereka dengan teruk?’

Disebabakan set penggambaran boleh menjadi tempat yang tidak menyelesakan buat staf, pelakon, pengurus dan semuanya, saya mencuba memahaminya dan melihat secara positif, ‘Ianya tak mustahil berlaku’. Kalau tiada insiden berkenaan, saya tidak akan mempunyai pandangan sebegini mengenai FD itu.

Saya masih mengekalkan hubungan yang baik dengan FD lain, staf, pengarah dan pengarah kamera yang saya sudah bekerjasama selama 9 tahun lamanya, malah saya mengekalkan hubungan dengannya. Apa maksud awak, saya tunjuk kuasa? Melihatkan artikel dan video mengenai saya, sejujurnya, apabila agensi saya memberikan kenyataan pertama mengenai situasi itu, saya hanya memohon maaf mengenai kesilapan saya. Saya merasakan tak betul sekiranya saya perlu memohon maaf mengenai sesuatu yang bukan kesalahan saya. Tapi apabila melihat tuduhan yang berterusan diperkatakan mengenai sesuatu yang tak berlaku, saya merasakan bahawa ia tidak boleh diteruskan lagi, jadi saya menulis entri ini sejujurnya.

Perkara pertama yang diputarbelitkan ialah pada pagi berkenaan, rakan saya tidak mengadakan parti hari jadi buat saya namun, dua orang peminat datang pada awal pagi untuk menyediakan makanan buat kesemua staf, yang mana saya sangat berterima kasih. Den sambutan itu dilakukan secara sekejap di lot parkir selepas penggambaran pagi tamat. Itu sahaja.

Kedua, terdapat khabar angin mengarut yang berterbangan mengatakan saya membuka seluar dan membuat hal tapi saya bersumpah atas nama sendiri bahawa perkara itu tidak pernah berlaku langsung. Kesemua staf menyaksikannya dan tahu mengenai hal ini. Semas kami menjalani penggambaran di luar dan bukannya set dalaman, tiada tempat untuk kami menukar baju jadi saya akan melakukannya di dalam kereta, tandas, tepi jalan, lorong, dan setiap kali ia berlaku, staf saya akan melindungi saya.

Ketiga, terdapat perbalahan di antara rakan saya dan FD itu, tapi langsung tidak benar yang saya bersetuju dengannya. Saya cuba menghentikannya. Staf lain juga menyaksikannya. Pandangan pada mata saya bukanlah ‘Kenapa awak cari pasal dengan saya?’ tapi saya memberitahu rakan saya, ‘Kenapa buat macam ini?’ selain berkata kepada FD itu, ‘Hyung, janga buat seperti ini.’. Itu sahaja. Dan, saya menantikan sehingga penggambaran tamat untuk berjumpa Young-hwan (FD) dan berkata, ‘Hyung, saya minta maaf atas apa yang terjadi dengan rakan saya,’ namun katanya, ‘Jangan dekati saya, jangan sentuh saya. Ya, saya sudah cakap semuanya dengan peguam saya, Awak ingat saya tak kenal gangster dan peminjam wang juga?’. Jadi, saya tak dapat memohon maaf secara bersemuka. Sama ada ada pergaduhan fizikal semasa perbualan di antara FD itu dan rakan saya boleh dilihat jikalau ada rakaman CCTV.

Keempat, ini adalah kali pertama saya mendengar cerita mengenai penulis itu. Seperti yang ditulis dalam artikel dan komen, siapa saya untuk meminta penulis ditukarkan? Dengan posisi saya yang rendah? Tapi sebelum kami memulakan penggambaran, pengarah ada menjelaskan karakter tersebut kepada saya dan saya membalas menerusi KakaoTalk di mana saya akan mempercayainya dan mengikut apa sahaja yang ditentukan. Itu sahaja. Saya masih simpan lagi perbualan itu. Jikalau penulis berterusan membuat dakwaan mengenai situasi yang berlaku di antara dia dan pihak produksi sahaja (tidak melibatkan saya), saya akan memuat naik perbualan bersama pengarah tersebut.

Kelima, tidak baik untuk tunjuk kuasa. Serius. Tiada penjelasan di dalam dunia ini yang mengatakan saya tunjuk kuasa, namun laporan diputarbelit, disampaikan secara berlebihan dan kini dilaporkan bahawa saya menunjukkan kuasa di set. Saya berasa sangat marah hingga berasa hancur di dalam hati. Saya bukanlah seseorang yang mempunyai keberanian untuk menggunakan kuasa.

Melihatkan laporan dan komen yang dimuat naik, saya berasa tertekan dan kecewa dan saya terfikir mengapa perkara yang saya tidak pernah lakukan tersebar.

Saya berharap tiada salah faham dan spekulasi tidak berasas. Saya berharap agar peminat yang menyokong dan semua yang melihat, walaupun dalan pandangan negatif, hanya akan menunding jari atas kesilapan saya.

Sedangkan semasa menulis ini, saya sedang berfikir secara terperinci mengenai perkara yang saya lakukan dengan salah. Saya sedang muhasabah diri dan akan mengambil insiden ini sebagai peluang untuk mengubah apa yang perlu diubah mengenai diri saya, tak kira apa pun! Kenyataan ini sudah pun menjadi begitu panjang.

Menulis ini, saya mahu memohon maaf sekali lagi kerana menampilkan situasi yang mungkin membuatkan orang tidak selesa. Sebagai figura awam, saya akan cuba berkelakuan lebih baik pada masa hadapan. Saya minta maaf seikhlasnya.

Saya sepatutnya sentiasa gembira bekerja dan menyertai penggambaran di set, dan ia merupakan kelemahan saya keran tidak dapat melakukannya. Saya mohon maaf kepada semua orang, dan kepada semua yang menyertai penggambaran, kerana memberikan masalah dek isu ini.

lee jihoon

Semoga semuanya baik-baik sahaja dan perselisihan faham antara mereka dapat diselesaikan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...