Belum lagi ditayangkan namun drama “Sponsor” (sebelum ini dikenali sebagai “Desire”) sudah pun terpalit dengan beberapa kontroversi melibatkan pelakon utamanya, Lee Ji-hoon.
Kelmarin, seorang staf mendedahkan bahawa pelakon itu telah membawa rakannya ke set penggambaran dan diugut olehnya. Malah dia juga didakwa membuka seluar sesuka hati hingga menimbulkan rasa tidak selesa staf lain. Walaubagaimanapun, agensi Lee Ji-hoon serta pihak “Sponsor” memohon maaf atas salah faham tersebut dan menyatakan bahawa lelaki itu berasa bertanggungjawab dengan kesilapan berkenaan meskipun ianya bukanlah perkara sebenar yang terjadi.
Terbaru, penulis Park Gye-hyung mendedahkan bahawa dia dan beberapa staf drama itu dibuang tanpa sebarang notis akibat sikap Lee Ji-hoon yang asyik mengadu mengenai bahagian babaknya yang sedikit meskipun merupakan pelakon utama.
Jawab pihak “Sponsor” mengenai tuduhan ini,
Pertama sekali, tidak benar bahawa Park Gye-hyung dan separuh daripada staf digantikan kerana pelakon Lee Ji-hoon. Secara realistiknya, sukar untuk melakukan hal demikian. Sama meminta maaf atas spekulasi berat sebelah oleh Park Gye-hyung.
Tambahnya lagi,
Sebab Park Gye-hyung tidak dapat lagi bersama kami ialah kerana permintaan pihak produksi untuk membetulkan skrip tidak dipenuhinya. Malah, Park Gye-hyung tidak menerimanya dan ianya dilakukan secara sembarangan. Jadi, pihak produksi meminta Park Gye-hyung berhenti menulis atas persetujuan bersama.
Akhir kata,
Kami berharap agar kontroversi ini tidak lagi berpanjangan, tambahan pula kru produksi dan pelakon bekerja siang dan malam bagi memaparkan kerja yang baik buat umum.
Sekadar pengetahuan, penulis Park Gye-hyung mendedahkan menerusi laman media sosial miliknya baru-baru ini bahawa Lee Ji-hoon beberapa kali mengadu pada pihak produksi mengenai babaknya yang sedikit. Meskipun sidang media “Desire” sudah pun dilakukan pada Mei lalu, namun ia kemudiannya menukar pengarah dan penulis selain tajuknya diubah kepada “Sponsor”.
Dalam pada itu, ramai yang tertanya-tanya mengapa “Sponsor” terpalit dengan pelbagai masalah sedangkan ia masih belum ditayangkan lagi. Bahkan ada yang menebak ia mungkin adalah publisiti memandangkan ia merupakan drama pertama di bawah saluran iHQ.
“Sponsor” bakal menemui penonton pada 29 November ini.
Kenapa agaknya banyak masalah ya?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.