Dituduh Tiru Poster Iklan Jenama Kecantikan Jepun, Pihak ‘Little Women’ Beri Respon
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Sedang menjadi bualan ramai kerana permulaan yang epik, drama “Little Women” tak semena-mena terpalit kontroversi kelmarin.
Menerusi sebuah entri, drama berkenaan dituduh meniru poster dari jenama produk kecantikan Jepun iaitu Shiseido.
Jawab produser “Little Women” mengenai isu ini,
Poster ini ialah teaser poser kami dengan konsep tiga beradik dan bayang-bayang mereka berjalan menuju ke arah tempat yang bercahaya. Ianya dibuat oleh syarikat yang bertugas untuk mereka buat kami selepas melihat beberapa contoh lain.
Pada masa hadapan, kami akan memberikan perhatian yang lebih teliti menerusi pra-reviu dengan mendalam.

Untuk pengetahuan, “Little Women” membawa kisah adik-beradik perempuan yang berani namun miskin melawan keluarga terkaya di Korea dan ianya dibintangi Kim Go-eun, Nam Ji-hyun dan Park Ji-hu.
Macam-macam..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




