Ikuti Kami:

Dituduh Sebagai Punca Tragedi Itaewon, Agensi Yoo Ahin Beri Respon

Dituduh Sebagai Punca Tragedi Itaewon, Agensi Yoo Ahin Beri Respon

Sepertinya masih hangat lagi kisah Itaewon diperkatakan oleh seluruh warga Korea dan dunia.

Selepas kejadian berkenaan, bertebaran cerita mengatakan bahawa pempengaruh dan selebriti terkenal berada di kawasan Itaewon hingga menyebabkan ramai menyerbu untuk melihat mereka. Oleh sebab itu, ramai yang menebak selebriti berkenaan ialah Yoo Ah-in memandangkan pelakon itu tinggal di kawasan tersebut.

Nafi agensinya mengenai tuduhan bahawa lelaki itu yang menyebabkan kekecohan berlaku di situ,

Yoo Ah-in berada di luar negara sejak 29 Oktober. Ia tak ada kaitan dengan insiden Itaewon.

yoo ahin

Antara selebriti lain yang turut disebut ialah BJ K dan BJ Seeya. Respon BJ K mengenai tuduhan itu,

Saya ditolak ke dalam bar kerana ditolak pengunjung.

BJ Seya juga menolak dakwaan tersebut dan menjelaskan tiada siapa mengenalinya kerana wajahnya yang tidak bersolek pada ketika itu.

Dalam pada itu, pihak polis sedang menyiasat sama ada terdapat fitnah terhadap si mati atau perkongsian maklumat peribadi berkaitan insiden Itaewon ini.

Main tuduh je..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...