Ikuti Kami:

Dituduh Minta Foto Lucah & Tinggalkan Kekasih, Akhirnya Lee Seojin Beri Respon

Dituduh Minta Foto Lucah & Tinggalkan Kekasih, Akhirnya Lee Seojin Beri Respon

Pelakon Lee Seo-jin memberikan respons tegas terhadap khabar angin yang terpalit dengan dirinya.

Terbaru agensinya iaitu Antenna telah mengeluarkan kenyataan rasmi,

Kami telah menahan diri sejauh yang mungkin dalam memberikan respons nyata terhadap tulisan khabar angin yang baru-baru ini diterbitkan dalam satu komuniti dalam talian kerana ia tidak benar.

Tambahnya,

Namun, kami telah mengesahkan bahawa nama pelakon kami telah disebut sebagai orang yang terlibat lantas kenyataan palsu yang berbahaya serta fitnah yang berterusan telah diterbitkan dan disebarkan. Kami tidak boleh lagi mengabaikan keseriusan situasi ini dan dengan tegas akan bertindak menentang tindakan yang merosakkan imej dan reputasi pelakon dek desas-desus jahat dan menyebarkannya tanpa sebarang perhatian atau persetujuan.

lee seojin

Mereka menyatakan lagi,

Kami akan terus berusaha untuk melindungi hak-hak artis yang kami wakili.

Main tuduh je..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...