Ikuti Kami:

Netizen Teka Identiti Pelakon Lelaki Popular Minta Foto Bog*l Kekasih Sebelum Putus Hubungan

Netizen Teka Identiti Pelakon Lelaki Popular Minta Foto Bog*l Kekasih Sebelum Putus Hubungan

Hangat mengenai isu seorang pelakon lelaki popular Korea melayan buruk bekas kekasihnya diperkatakan oleh netizen kini.

Dilaporkan sebelum ini bahawa seorang bekas kekasih yang marah telah mendedahkan perangai sebenar pelakon lelaki tersebut dalam sebuah laman komuniti atas talian. Menurutnya, bekas kekasihnya itu disyaki telah menghilangkan diri selepas empat tahun menjalin hubungan. Semasa hubungan mereka, dia sering meminta gambar bogel dan dia disyaki masih memiliki gambar bogel tersebut.

Netizen dengan cepat membuat spekulasi tentang identiti pelakon tersebut. Ramai yang menebak bahawa petunjuk yang diberikan orang ramai membawa kepada pelakon senior Lee Seo-jin.

lee seojin

Ini kerana klu yang diberikan ialah graduan fakulti perniagaan Universiti New York, memulakan program hiburan perniagaan bersama Na PD, pernah putus secara sebelah pihak dengan seorang pelakon wanita dan beberapa petunjuk lagi.

Satu agensi berita Korea, TV Daily, dilaporkan telah menghubungi agensinya untuk mendapatkan kenyataan namun mereka memilih untuk tidak memberikan sebarang respon. Netizen berasa yakin bahawa jika perkara itu tidak benar, agensinya akan segera menafikan perkara tersebut kerana melibatkan reputasi Lee Seo-jin. Di sisi lain, Ramai yang mengakui tidak salah untuk putus cinta tetapi agak bermasalah sekiranya gambar bogel itu belum dipadam pelakon berkenaan.

Apa pun, mari kita nantikan lanjutan kes ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...